Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

Waktu Mustajab menasihati anak

Assalamualaikum.. Anak-anak adalah amanah dari Allah S.W.T dan ia sebahagian ujian dari Allah S.W.T kepada kita hamba-hambanya. Ibu bapa lah yang mencerminkan keperibadian dan masa depan mereka. Di sini azlea kongsikan sembilan waktu mustajab untuk menasihati anak-anak kerana pada waktu ini minda mereka mudah menerima dan mengingati apa sahaja yang dibisikkan kepada mereka:- Sebelum anak masuk tidur Ketika anak sedang tidur (bisik di telinga) Selepas anak bangun tidur Selepas anak mandi Selepas anak solat Selepas anak membaca Al-Quran Selepas anak berdoa Selepas anak beriadah Ketika emosi anak terangsang (contoh selepas dimarahi) Selalunya sebelum tidur azlea akan berbual dengan aina dan anis aktiviti yang dilakukan di sekolahnya dan rumah ibu bapa azlea.. menasihatinya dan berpesan agar menjadi anak yang baik, mendengar kata dan tidak bercakap kasar dengan kawan-kawannya. Dan sebelum mereka melelapkan mata, tak lupa membaca Surah Alfatihah, ayat Kur

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Melegakan Rasa Marah..

Ada orang marah dalam diam.Umpama api dalam sekam,membakar. Jika tidak dilepaskan bertukar menjadi dendam. Ada yang cepat marah dan cepat redanya. Seperti bom meletus dan padam tidak lama kemudiannya. Sekarang ini kalau beratur panjang, menunggu giliran di hospital atau klinik, ditambah lagi kalau ada yang memotong barisan padahal kita dah berjam-jam menunggu pastinya mengundang kemarahan.Pelbagai kata-kata kesat  yang enak didengari boleh terkeluar. Begitu juga semasa memandu kereta. Pantang ada kereta lain memotong atau membunyikan hon, tanpa berfikir panjang, laju sahaja mulut menghamburkan kata-kata kesat. Malah masyarakat sekarang sudah terbiasa menggunakan medium sosial seperti Facebook dan Whatsapp  untuk melepaskan kemarahan mereka kepada seseorang. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan boleh diikuti: Mengambil wuduk Banyakkan beristighfar Minum air Berdiam diri Ubah posisi Tarik nafas dalam-dalam Mengingatkan diri sendiri Fikirkan ses

Lautan Hindi dan MH370

Assalamualaikum... Beginilah rupanya lautan hindi  yang ke 3 terbesar di dunia.Lautan yang dikatakan paling terpencil dan sunyi . Pertama kali melihat lautan luas ombak yang ganas dan laut bergelora.Menakutkan.SubhanaAllah!AllahuAkbar!.Betapa besarnya kekuasaan Allah dan terasa betapa kerdilnya diri ini..Mesti kalian dah menonton video ini.. Sesuatu yang amat sukar diterima apabila  kita kehilangan pesawat MH370 dan mengakhiri penerbangan di lautan hindi.Semua rakyat Malaysia bersedih dan mengharapkan keajaiban akan berlaku.Tidak mustahil kan. Itu semua rahsia Allah.Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Semoga Allah memudahkan dan mempercepatkan penemuan  serpihan pesawat dan kotak hitam dan merungkai segala misteri. Fakta Lautan Hindi Lautan Hindi merupakan lautan ketiga terbesar di dunia.Meliputi sekitar 20% permukaan air bumi.Di utara ia disempadani oleh Selatan Asia;di barat Semenanjung Arab dan Afrika;di Timur oleh Semenanjung Malaysia,Indonesia dan Austr

Hargailah Ibu Kita

Pada suatu pagi,berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan yang mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang. Pengurus:"Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?" Gadis: "Tidak." pengurus :"Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?" Gadis:"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun dan ibu saya telah membayar semua yuran pegajian saya." Pengurus:"Ibu awak bekerja di mana?" Gadis:"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah." Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat

Sellofie trend baru di AS

Kini terdapat satu lagi trend dengan merakam gambar potret sendiri  dengan wajah mereka yang bertampal pita pelekat yang dikenali sebagai "Sellofie ataupun Sellotape Selfie." Inilah aksi -aksi selfie yang  kian mendapat perhatian di AS setelah  dimuat naik di laman sosial Facebook. Gambar ini menunjukkan seorang lelaki yang melilit pita pelekat pada wajahnya Seorang lelaki menampal mukanya dengan pita pelekat dan sekeping biskut   Golongan wanita juga tidak ketinggalan merakam imej selfie Sumber:Kosmo

Hidup ini satu ujian

Sedih, pilu dan menyentuh hati apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan  malam semalam penerbangan MH370 telah mengakhiri penerbangannya di Lautan Selatan Hindi. Lautan yang paling sunyi dan terpencil di dunia. Sebagai umat Islam teruskan berdoa agar semua penumpang dan krew MH370 selamat ditemui. Semuanya rahsia Allah dan keajaiban hanya datang daripada Allah.InsyaAllah...

Bila Hati Tersentap !!!

Apahal pulak nak tersentap-sentap ni.Sikit-sikit nak tersentap.  Kau ni macam bagus je..Kalau kau cakap lagi aku left..Begitulah ayatnya orang yang menyentap dan tersentap... SENTAP..Apa maksud sentap? Mengikut Definisi Dewan Bahasa dan Pustaka Sentap ialah menarik dengan kuat. Bagi azlea sentap atau tersentap apabila kita rasa sakit hati, terasa dengan sindiran, nak marah tak tentu pasal ataupun terkejut dengan kenyataan seseorang. Orang yang kuat sentap ini terlalu emosi, sensitif dan tidak boleh menerima teguran walaupun teguran itu sekadar gurauan, terlalu mengikut perasaan dan kuat merajuk.  Macam mana nak berhadapan dengan orang yang kuat sentap ni ye? Bagi azlea, tak perlu dipujuk-pujuk. Biarkan saja, jangan dilayan.Nanti kita pula yang sakit hati. Kalau emosinya stabil dan fikirannya tenang, dia akan kembali seperti biasa. Bagi yang kategori kuat sentap janganlah terlalu emosi, berfikiran negatif dan mengikut perasaan. Ada masanya kita boleh merajuk

Selawat Perdana Satu Fenomena..

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah Selawat Perdana yang diadakan di Putrajaya malam semalam berjalan dengan lancar. Walaupun kami sekeluarga tidak berkesempatan hadir memeriahkan Malam Cinta Allah dan Rasul, tapi dapat menyaksikan secara langsung di TV Alhijrah selama 2 jam. Terasa syahdu tatkala mendengar alunan ayat-ayat memuji Allah dan Nabi junjungan Nabi Muhammad SAW. Di tambah lagi dengan bacaan doa yang menyentuh hati dari Habib Syech Abdul Qodir Asseqaf  agar dipertemukan kembali pesawat MH370 dan tazkirah dari Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid. Semoga majlis ilmu seperti ini diteruskan dan dikekalkan di bumi Malaysia tercinta..Kita tidak perlu lagi konsert yang melalaikan dan program Malam Cinta Allah dan Rasul mampu mendapat sambutan yang hebat. muslimin dan muslimat meraikan #selawatperdana Tahniah pada yang hadir dan Sekretariat Selawat Perdana dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya berjaya menjadikan perhimpunan selawat terbesar yang pernah dianjurkan di ne

Selawat Perdana

SELAWAT PERDANA MALAM  CINTA ALLAH & RASUL 1435H Dataran Masjid Putra Presint 1 Putrajaya Jumaat 21 Mac 2014 8 malam Malam Cinta Allah dan Rasul bertujuan melahirkan rasa cinta umat Islam kepada Allah dan mencontohi kepimpinan Rasulullah SAW Pertama kali dalam sejarah..  #selawatperdana  akan disiarkan SECARA LANGSUNG di 3 stesen TV.. TVAlhijrah & Astro Oasis & RTM1 ,  radio Ikim.Fm  serta live streaming di  www.selawatperdana.com Semoga kita semua diberkati Allah,di jauhkan dari bala malapetaka atau musibah dan memperbanyakkan selawat ke atas nabi junjungan.

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi..

Tak penting siapa kita dahulu

Teruskan berhijrah mencari keredhaan Allah

Jamuan makan-makan dibuat awal..

Atas desakan kawan-kawan, hari sabtu yang lepas selepas maghrib, Azlea dan keluarga menjemput kawan-kawan datang ke rumah untuk jamuan makan-makan.  Jamuan makan ini memang tak dirancang dan buat semuanya buat last minute(jam 4.30 p.m baru nak rancang). Dalam kepala memang buat ala kadar je. Sempat pergi kedai beli bahan basah nak masak mee goreng dan goreng nugget sahaja.Itu je yang sempat..Suprise beli kek di Secret Recipe. Dah sampai rumah baru teringat tak beli pinggan kertas dan cawan kertas. Macam mana ni? Kebetulan pula air memang tiada pada hari itu. Hari ahad baru ada air. Guna je pinggan yang ada, kata En. Abang..Jadi, keluarlah semua pinggan dan gelas yang ada. Alhamdulillah menu mee goreng (6 peket mee) siap dimasak dan nugget goreng.Menu air pula, air sunquick dibancuh oleh en.abang..memang sedap. Aina dan anis tukang sibuk..tanya itu..inilah..tak puas hati sebab kenapa masak mee banyak sangat? Tiramisu kek   Ni je mee yang tinggal Kawan-kawan yang

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

Manfaat belajar berenang

Mungkin ramai di antara kita ada yang pandai berenang dan ada juga yang tak pandai berenang. Tahukah anda berenang amat dianjurkan di dalam Islam. Rasulullah SAW bersabda, "Ajarilah anak-anak -anak kamu berkuda,berenang dan memanah (Riwayat Bukhari dan muslim) Berenang memang sukan yang banyak kelebihannya dan sebab itulah Rasullullah menyarankan kita mengajar berenang kepada anak-anak. Melalui pembacaan, ingin dikongsi bersama manfaat berenang yang perlu diketahui:- Baik untuk jantung dan paru-paru .  Berenang membantu meningkatkan kadar denyutan jantung dan aliran darah keseluruh tubuh terutamanya tangan,kaki,jantung,pembuluh darah dan paru-paru kerana pergerakan yang aktif di dalam air. Menghilangkan Tekanan .   Berenang mampu membantu hati lebih tenang dan relaks. Pernafasan .  Amat bagus bagi yang mempunyai asma kerana pernafasan menjadi lebih kuat,sihat dan   panjang. Membakar kalori.  Oleh itu kalau nak turunkan berat badan dengan cepat, berenanglah.Jadi cepat

Darjah 6

Kembali kepada Pencipta Alam

Amat tersentuh dengan kata-kata Kapten Nurodin Abd Majid. Beliau merupakan bekas ketua bahagian pesawat 777 semasa berkhidmat di MAS. Apabila ditanya apakah yang berlaku ke atas MH370 ? Jawapan beliau dengan penuh yakin dan tegas "Hilang!  Full Stop..!" "Kita orang yang beriman Allah yang menentukan segala-gala..Dunia ini kepunyaan Pencipta.. Dan apabila ditanya bagaimana cara untuk mencari ? Kuncinya adalah..Doa daripada orang-orang yang soleh yang dekat dengan Allah Subhanallah Taala dan doa ahli keluarga yang bersedih".. Semua yang berlaku dengan izin Allah.Manusia adalah hamba yang serba kekurangan.Berusahalah kita dan berdoalah kepadaNya. Betapa canggih sekalipun ciptaan sains dan teknologi manusia , doa dan mohonlah kepadaNYa adalah kunci segalanya..

Selamat Hari Wanita 2014

Assalamualaikum.. Selamat Hari Wanita  buat insan hebat yang bergelar wanita. Semoga menjadi wanita solehah dunia dan akhirat,tabah menghadapi segala ujian, di segani, dihormati, di sayangi, berakhlak mulia dan berilmu. PERUTUSAN KHAS YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT SEMPENA SAMBUTAN HARI WANITA ANTARABANGSA 8 MAC 2014 Hari Wanita Antarabangsa  2014 membawa seribu pengertian kepada setiap wanita di Malaysia, kerana hari ini merupakan hari pengiktirafan dan penghargaan ke atas sumbangan, pengorbanan serta perjuangan wanita generasi terdahulu yang menjadi sumber insipirasi wanita masa kini. Tema yang diperkenalkan oleh UN-Women, “ Equality for Women is Progress For All”, menjadi penyuntik semangat supaya wanita-wanita lebih bersedia berganding bahu di arus perdana bersama kaum lelaki untuk terus memacu jentera pembangunan Negara, selain berperanan sebagai pengukuh ikatan kekeluargaan. Harapan saya, misi Hari Wanita Ant

Khasiat buah mengikut warna

Buah kaya dengan vitamin dan mineral yang penting untuk tubuh badan.Mungkin ramai yang tidak tahu, warna buah yang berbeza mengandungi khasiat dan kelebihan tersendiri. Kita disarankan makan buah-buahan paling sedikit tiga hidangan seminggu.Lebih baik jika buah yang kita makan mempunyai pelbagai warna bagi mendapatkan khasiat yang memuaskan.  Khasiat buah mengikut warna Oren-Wajah berseri Vitamin C antara vitamin yang penting dan sering dikaitkan dengan kecantikan kerana ia dapat menghasilkan kolagen.Kolagen membantu pertumbuhan sel-sel baru bagi menggantikan sel-sel yang telah mati.Seterusnya menjadikan kulit tampak berseri dan segar. Contoh buah limau. Merah-Penglihatan yang tajam Buah bewarna merah seperti tembikai dan tomato mengandungi karotenoid dan dapat membekalkan vitamin A yang cukup baik untuk membantu sistem penglihatan.Kelebihannya, mata akan sentiasa segar dan dapat mengelakkan penyakit rabun. Contoh buah tembikai,tomato,strawberi Ungu-Elak Kanser

Pendaftaran Kemasukan Tahun 1 2015/2016 Dibuka

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2008 dan 2009 kini boleh mendaftar kemasukan anak  Tahun 1 untuk tahun 2015 dan 2016 .Ini untuk anak-anak yang tinggal di Selangor sahaja ye.Permohonan ini telah di buka pada 1 Mac - 30 April 2014. Sila Klik :  http://apps.moe.gov.my/esppsel/ Kronologi ringkas pendaftaran: Sebelum itu, sila baca dulu pengenalan sistem serta tatacara dan panduan permohonan dan masukkan maklumat  MyKid dan tarikh lahir untuk mendapatkan no.Pin. Klik Permohonan online dan sila  masukkan data maklumat pemohon sehingga selesai.Sila semak semua maklumat dan ibu bapa dikehendaki mencetak slip permohonan dan senarai semak dokumen yang diperlukan. Sila kemukakan dokumen tersebut ke sekolah yang dipohon bagi tujuan Perakuan Permohonan. Bagi yang mendaftar pada tahun 2015 (Tarikh penting) Sila buat perakuan Permohonan Pendaftaran di sekolah di mana anak jagaan didaftarkan dalam tempoh 14 hari selepas membuat pendaftaran  Keputusan pen