Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

Sambal ayam dan ulam-ulaman

Menu bekal hari ini, nasi putih,ulaman dan sambal ayam dan ayam goreng untuk aina dan anis. Memang rasa seronok bila dapat menyediakan bekal atau bento setiap hari. Puas hati tatkala menikmati makanan sendiri.  Bangun seawal 5.00 pagi, terus masak nasi. Kemudian panaskan minyak dan keluarkan ayam yang telah pun di gaul dengan kunyit dan garam dan gorengkan ayam.Oh ye, preparation dah pun AB buat malam sebelum masuk tidur. Begitu juga sambal ayam pun dah dimasak. Kemudian, panaskan sambal yang telah dimasak dan masukkan ayam yang telah di goreng tadi.Nasi pun sudah masak.Next preparation untuk menyiapkan bekalan diisi di dalam bekas. Tadaa.. siap..Inilah rupanya bekalan AB. Jam menunjukkan sudah 5.50 pagi, AB terus mandi dan tunggu azan subuh. Selepas solat subuh bersiap dan mengejutkan aina dan anis. AB berjaya keluar dari rumah jam 6.45 pagi dan menghantar aina  dahulu kemudian anis ke sekolah masing-masing sebelum bergerak ke pejabat.  Alhamdulillah..jimat ha

Frust tak dapat main badminton di dewan !!!

Frust betul semalam tak dapat main badminton di dewan. Memang dah planning semalam. Bila sampai je di dewan..lah..orang lain dah booking untuk kenduri kahwin. Sedihnya.. Semangat berkobar-kobar selepas maghrib bersiap-siap nak ke dewan. Nak buat macam mane. Tak ada rezeki, lain hari lah dapat main di dewan. Alhamdulillah hari ini, seperti biasa aktiviti petang di hujung minggu, kami  berempat bermain badminton. Tapi bukanlah di dewan. Di halaman rumah opah dan tok dad.Cuaca amat baik hari ini. Dapatlah kami bermain petang tadi.  Syok..berpeluh-peluh sakan kami hari ini. Walaupun AB bermain badminton dengan anak-anak dan suami je.  AB memang suka bermain badminton. Walaupun tak pernah pun dapat proper training dari permainan ini dan bukanlah terror sangat. Sekadar suka-suka. Bila dapat bermain badminton, fikiran jadi lapang, dapat eksesais, keluarkan peluh dan bakar kolari. Lagi pun main badminton ni mana boleh berdiri setempat, kena berlari nak kejar shuttel, melompat

Selesai Daftar Sekolah Rendah Agama

Alhamdulillah..selesai urusan pendaftaran Sekolah Rendah Agama (SRA) Anis tahun hadapan. Borang sekolah rendah agama telah pun AB serahkan kepada kerani sekolah tersebut semasa menghantar kakaknya Aina ke sekolah. Apa yang perlu dihantar adalah Borang Pendaftaran yang telah lengkap diisi, berserta dengan salinan surat beranak, salinan IC ibu dan bapa,2 keping gambar,2 keping sampul surat dan 2 keping setem. Alhamdulillah senang urusan hari ini. Lagipun AB tidak suka mendaftar di saat akhir. Walaupun pendaftaran bila-bila masa sahaja. Jika penuh tak boleh nak daftar di sekolah tersebut. Sekolah Rendah Agama di Selangor ini di bawah urusan Jabatan Agama Islam negeri Selangor (JAIS). Anak-anak akan belajar Hafazan, Fekah,Tauhid,Jawi,Bahasa Arab,Tajwid,Al-Quran dan lain-lain serta mendapat pinjaman buku teks. Yuran pula akan dibayar semasa pendaftaran sekolah tahun hadapan.  Yang paling penting anak-anak mendapat pendidikan agama seawal yang mungkin.Maklumlah ilmu agama pun ta

Off Day : Tak suka diganggu

AB memang tidak suka diganggu oleh panggilan telefon dari pejabat ataupun dari rakan sekerja bertanyakan hal-hal kerja semasa waktu cuti,hari minggu dan off day. Bagi AB hari tersebut memang dikhaskan untuk berehat. Kredit : google Sebelum bercuti walaupun sehari AB akan pastikan siapkan kerja dan handover kerja kepada rakan sekerja.  Jika hendak difikirkan pasal kerja tak kan habis. Sentiasa ada kerja yang menanti di pejabat.  Oleh itu hormatilah privacy orang lain . Segala pertanyaan berkenaan hal kerja akan dilayan semasa waktu pejabat sahaja. Inilah masanya untuk kita berehat, menenangkan fikiran dan melupakan hal-hal tugas setelah seharian di pejabat.

Puteri Limau Full Movie

Sudah seminggu lebih tv di rumah ini rosak dan perlu dibaiki. Bermakna seminggu juga lah tak menonton tv waktu malam.  Hari minggu ini lappy AB jadi mangsa budak berdua ini. Macam-macam cara diorang bodek AB. Anis macam biasa nak tengok animasi puteri..aina nak tengok bola kampung..Tak nak diorang bosan hari ini, kita tonton animasi puteri.. Selamat Menonton.

Spaghetti Bolognese tak cukup?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Sarapan yang mudah dan ringkas pagi ini. Spaghetti bolognese campur daging . Order dari aina dan anis. Yumm..yumm..Tapi tak cukup ambil bahagian AB..Tengok je lah bila anis dan aina ambil bahagian AB..Kenapalah tadi tak buat banyak.. Sedapnya.. Bahagian AB dibahagi dua.Janji diorang kenyang  dan happy.Alhamdulillah dan bersyukur pagi ini dapat menikmati makanan bersama-sama.

TAG NAMA DARI HIKAYAT SEORANG BUDAK

Assalamualaikum, Entri ini khas untuk  BUDAK  kerana bersusah payah buat tag nama untuk kawan-kawan blogger yang aktif singgah di blognya sepanjang 2014. AB adalah antara  41 Blogger Aktif  yang rajin komen di blog beliau. Terima kasih Budak, terharu sangat. Semoga persahabatan kita di alam maya terjalin erat.Insyaallah. Sesiapa yang belum mengenali beliau,  silalah ke blognya  Hikayat Seorang Budak . Wassalam..

Bekal kat mana ?

Nak dikatakan pagi ni kelam kabut tak lah. Bangun seperti biasa siapkan bekalan a.k.a bento untuk Aina dan Anis. Bekal sendiri boleh terlupa. Bukan tertinggal atas meja makan sebelum keluar rumah tapi tertinggal dalam rak motor. Sebelum masuk pintu office..terfikir..ada benda lah yang lupa.Sah bekal dalam rak motor. En.Abang pun terlupa sama. Yang dipesan jam 5.30pm tau balik. Memang pun office hour 5.30pm. Emmm..tak ada rezeki lah hari ini. Tak pe AB belanja picture bento semalam.Nasi lemak  chenachenis . Boleh tu repeat order hari ni..Sedap sangat lah agaknya.

HEADER BARU CHENACHENIS

Assalamualaikum... Happy sangat bila dapat kiriman header baru daripada Anies .Cantik dan cute dengan gambar Aina dan Anis.  Yang ni header lama blog  chenachenis . Simple kan.. Sekarang dah bertukar wajah.Hasil sentuhan dan kreativiti anies. i like... Terima kasih banyak-banyak  anies. Anies memang baik hati. Ada kawan-kawan blogger nak tukar header baru ataupun buat tempahan boleh hubungi anies di  aniesandyou.blogspot.com

Suka masak-masak

AB suka masak menu yang ringkas,senang dan mudah dimasak . Menjimatkan masa AB di dapur dan masak dengan kadar segera. Selalunya AB habiskan bahan mentah yang ada di dalam peti sejuk. Tak suka top-up banyak bahan mentah ataupun beli untuk seminggu.  2 hari yang lepas AB ada membeli ikan siakap..So hari ini menu sambal ikan siakap dan kailan goreng sos tiram . Pergghh..memang sedap walaupun ikan siakap ini bukan dimasak 3 rasa atau masak stim. Disebabkan bahan tak cukup..kita buat sambal jelah.  Mudah sahaja, goreng ikan siakap. Ketepikan. Then masak cili sesedap rasa.Ikut suka lah nak banyak atau sikit, masukkan bawang merah yang telah dipotong.Tambah gula dan garam. Cili dah masak tuangkan keatas ikan.Hias dengan cili hijau jika suka. Hidangkan. Sambal ikan siakap Menu ke 2, kailan goreng. Panaskan minyak. Goreng bawang merah, kemudian masukkan bawang putih. Naik bau, masukkan batang kailan dulu, tambah sos tiram,gula dan garam. Kemudian masukkan daun kailan. Dah mas

Kembali Ke Sekolah 2015

Back to school 2015 . Yeahh esok sekolah. Selamat kembali ke sekola h Aina dan Anis. Mesti seronok dapat berjumpa kembali dengan kawan-kawan setelah hampir 2 bulan bercuti.  Banyak cerita yang akan kalian bualkan.Bercuti di mana?Aku dan family kan bercuti di...ataupun ayat paling sedih..aku balik kampung je..tak kemana pun. Alhamdulillah walaupun AB berkerja, rutin AB kembali seperti biasa menguruskan mereka berdua, bangun awal pagi sebelum ke office dan menghantar mereka ke sekolah. Tahun in Aina akan masuk darjah 2 dan Anis masih belajar di Tadika. Hari ini, AB pastikan segala kelengkapan sekolah untuk sekolah pagi dan petang dah pun ready. Begitu juga dengan baju sekolah sudah pun di iron malam semalam. Semoga tahun 2015, anak-anak lebih fokus belajar, bersemangat dan kesihatan mereka lebih baik agar dapat belajar dengan tenang serta diterangkan hati untuk menimba ilmu. "Selamat Kembali Ke Sekolah"

Eeeh..Mama..anak kucinglah..

Inilah anak kucing baru Aina dan Anis. Semalam, sampai di rumah terdengar anak kucing mengiau.."Eeeh..mama..anak kucinglah.Jerit anis.Comelnya.Anak kucing ni menyorok di bawah almari kasut di luar rumah. Malam tu juga AB dan suami ke kedai acheh mencari kotak. Nak juga tahu ibu kucing ni..Ooh kucing bunting yang selalu datang ke rumah meminta makan. Ibu kucing ini bukanlah kucing peliharaan kami. Kucing yang selalu datang ke rumah meminta makan ataupun dikenali kucing terbiar . Kesian pula kucing ni dah lah bunting. Bila time lunch, ibu kucing ini akan datang tercegat  depan pintu rumah meminta makan . Kekadang tu bukan seekor, 3 ekor sekali datang bawa kucing yang lain. Macam-macam warna kucing yang datang, putih,hitam dan kuning.  Selalunya kami bagi makanan lebihan lauk  ataupun bagi ikan goreng campur nasi. Orang kata kucing ni tahu manusia yang baik ataupun kedekut untuk meminta makan dan tempat berlindung. Anggaplah sedekah dan rezeki kucing bila kucing datang

Movie Taken 3

Kedatangan Taken 3 di layar perak memang kami berdua  nantikan. So..semalam (8.1.2015) AB dan en.suami tidak melepaskan peluang berdating berdua-duaan menonton movie ni. Selalunya berempat.Tak kan nak bawa aina dan anis menonton movie ini. Memang tak sesuai sangat kan.. Kami menonton di THX, GSC USJ Summit Mall. Untuk permulaan cerita ini mengisahkan seorang akauntan telah dibunuh dengan kejam oleh seseorang yang tak dikenali di office Boss akauntan ini. Kenapa dibunuh? Sebabnya Boss akauntan ini banyak hutang. Boss dia yang berhutang, dia pula yang mati..kesian.. Haa..mesti korang nak tahu kan siapa boss akauntan ni? Bermulalah kisah Bryan Mills(Liam Neeson) yang amat menyayangi anaknya Kim . Siape yang dah tengok Taken 2 mesti tahu macammane Bryan menyelamatkan anaknya daripada menjadi seorang pelacur. Bryan Mills telah bercerai dengan bekas isterinya Lenore .Tetapi Lenore selalu menghubunginya untuk meluahkan masalahnya dengan suami barunya (Stuart St. John). Suatu p

CPUV Nuffnang: Nestle Kitkat Lunch

CPUV ke dua di bulan Januari 2015. Iklan dari Nestle KitKat Launch. Terima kasih  Nuffnang . Terima kasih Nestle Kitkat Launch. Terima kasih kawan-kawan. Terima kasih yang sudi klik iklan.

Jom bermain badminton

Rasanya lama juga, en.abang survey harga raket badminton.  Dari The Summit Mall USJ, Bangi dan  sampailah ke Puchong. Mulanya nak beli jenama Fleet.Ada promosi.Beli 1 percuma 1. Harga RM159.00.Then, singgah di kedai Puchong.Lagi murah RM80.00 dapat 2 raket badminton. Apalagi haruslah dibeli.Puas hati jugalah. Ori ke tak ori..faham-faham je lah ye. Ni g ara-gara nak kuruskan badan lah. Misi AB tahun ini nak turunkan berat badan dan kekalkan berat badan ideal. Kawan pernah berkata pada AB.."Kalau ko gemuk AB, aku ni kategori apa?.AB: Kategori montellah ko.Hahaha.. Mulanya surveylah pusat gym di area kawasan perumahan AB. Ok juga price nya. Sekali masuk RM5.00 perempuan dan RM6.00 lelaki. Bulanan RM50.00 perempuan dan RM60.00 lelaki. Pendaftaran RM120.00. Murah juga kan.. Tapi bila fikirkan balik, rasanya nak mulakan semula main badminton. Sukan yang dah lama kami berdua tinggalkan. Tu yang beria-ia minta en.abang belikan raket. Lagipun aina dah pandai main badminton.

Right words

Credit: Fb Reminder to us Don't tell a child: Go and pray,otherwise you'll go to hell. But tell him: 'Come and pray with me, so we can enter Jannah together.

CPUV Nuffnang:RHB Travel Around The World

Rezeki di awal bulan Januari tahun ini.. Campaign from RHB Now RHB Travel Around the World. Prizes :- Grand Prize RM50,000.00 Travel warrant for 2 pax worth 5xMonthly Prizes iPhone 6 10xWeekly Prizes Petronas Card Worth RM100.00 Quick..sign up with RHB Now Thanks Nuffnang..

Segmen GA Jalan-Jalan Tambah Kenalan by Ema Hasan

Jom sertai Segmen by Ema Hassan Klik banner diatas Hadiah penyertaan: 1) RM30 x seorang 2) RM20 x seorang 3) RM10 x 3 orang Tamat : 19 Januari 2015

Dinner Malam ni Pizza Hut

Assalamualaikum..Makan apa malam ini? Malam ini kami dinner Pizza Hut  sahaja. Mudah dan cepat.  Pusing-pusing cari tempat makan untuk dinner, en. abang cadangkan makan pizza je lah. Lagipun dah lama sangat tak makan pizza terus singgah Pizza Hut Delivery sebelum balik ke rumah. Order lah Pizza Hut  Big Variety Box. Aina pilih Hawaiian Chicken. Anis tak kisah makan je.. Apa yang ada dalam Big Variety Box -Hawaiian Chicken- -Chicken Meat Ball Bolognaise- -6 pcs New Orlean Drummets- -2 Big Box Soups- -Garlic Bread- Total semuanya RM44.40 (RM41.90 +include tax 6%)  Big Variety Box ini untuk 3-4 orang makan. Oklah makan untuk 2 dewasa 2 kanak-kanak. Mulanya rasa macam tak habis.. Tak sangka pula licin..habis semuanya..Alhamdulillah.

Hope

Never stop believing in HOPE because MIRACLES happen everyday 

Puteri Limau Episod 1-6

Assalamualaikum.. Seronok sangat hari ini bila aina dan anis dapat menonton episod puteri  selama 1 jam di TV 3. Walaupun ianya daripada episod-episod yang lepas. Dapatlah tengok dari awal hingga habis episod dari episod 1-6. Cerita ini mengisahkan kehidupan 5 orang puteri di Kerajaan Limau. Puteri Manis yang rupawan dan bersuara merdu.Kasturi yang berjiwa pahlawan.Purut yang pemalu.Bali yang penyayang serta Nipis yang nakal bersama kucingnya, Jebat. Kelima-lima puteri ini mempunyai keistimewaan untuk menjaga keamanan dan kestabilan Kerajaan Limau daripada ancaman jahat dan mistik. Moga Les Copaque dapat menyiarkan lagi episod-episod yang menarik selepas ini. Selamat Menonton ;) Puteri Limau Episod 1 Puteri Limau Episod 2 Puteri Limau Episod 3 Puteri Limau Episod 4 Puteri Limau Episod 5 Puteri Limau Episod 6 Final

7 Jenis Campuran Infused Water

Hari ini I nak share 7 jenis resepi campuran Infused Water dan khasiatnya sekali. Uolls boleh baca entri sebelum ini khasiat Infused Water kepada tubuh badan kita.  Baca SINI .  Siapa nak buat boleh cuba resepi di bawah ini  ye.. Oren + Lemon + Halia   Buah oren membantu dalam peredaran darah yang sihat. Leman membantu dalam pencernaan dan halia bagus untuk sistem imun. Timun + Raspberi + Anggur   Timun adalah penghidratan dan menyingkirkan toksin. Raspberi pula mempunyai ciri-ciri anti radang dan kandungan anggur melawan kanser dan pembersihan kompaun. Strawberi +Limau Strawberi penuh dengan anti-oksidan dan limau pula baik sebagai senjata anti penuaan kerana sifat pemulihan untuk rambut,kulit dan kuku. Nanas + Daun Pudina Nanas merupakan bahan anti-radang yang membantu melegakan sendi dan arthritis dan daun pudina menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim pencernaan. Teh hijau+Daun Pudina+Limau Bagus untuk membakar lemak,penghad

Bantuan Kerajaan Pusat untuk Mangsa Banjir

Penambahan dana bantuan banjir RM500 Juta untuk ke semua negeri yang dilanda banjir. RM100  pada awal Januari kepada keluarga mangsa banjir yang mempunyai anak yang akan ke sekolah. BRIM. Pembayaran Brim akan dipercepatkan ke pertengahan Januari bagi bantu ringankan beban mangsa banjir. Rumah Sementara dan Wang Ihsan kepada mangsa banjir yang kediaman rosak atau musnah akibat banjir. Bantuan Pemulihan untuk bangunan yang rosak akibat banjir seperti klinik,sekolah,jalan raya,hospital dan infrastruktur asas lain.

Selamat Tahun Baru 2015

Selamat Tinggal 2014 dan Selamat Datang 2015. Alhamdulillah kini kita telah pun masuk ke tahun 2015 dan  pelbagai cabaran dan dugaan yang akan kita tempuhi selepas ini. Tahun 2014 meninggalkan banyak moment  manis dan pahit kepada negara kita dan begitu juga diri ini. Tahun yang penuh dengan suka duka, tangis dan tawa. Buat rakan blogger semua dan pembaca yang  tak jemu-jemu  menyinggah dan memberi sokongan di blog  chenachenis  terima kasih diucapkan. Maaf andai kata ada kekurangan dan kesilapan. Begitu juga pihak  Nuffnang  dan penaja yang sudi memilih blog ini  untuk beriklan. Terima kasih yang tak terhingga. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan rezeki  dan diberi kesihatan yang baik. Semoga tahun 2015 memberi sinar kebahagian dan kejayaan buat kita semua. "SELAMAT TAHUN BARU 2015"

Salam Maulidur Rasul 2015

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1436H. 12 Rabiul Awal 1436H bersamaan dengan 3 Januari 2015 (Sabtu). Perbanyakkan berselawat ke atas Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W 'Perpaduan Nadi Transformasi Negara'