Skip to main content

Posts

Showing posts from September 8, 2014

Berusaha jadi diri sendiri

Berusahalah menjadi diri sendiri daripada berusaha meniru menjadi orang lain kerana ia akan membuatkan kita tidak bahagia. Manusia tidak lepas dari suka tiru cara dan gaya orang. Oleh itu carilah identiti dan kelebihan yang ada pada diri kita dengan berusaha menjadi yang terbaik untuk diri sendiri. Di situlah kekuatan yang tersembunyi yang menjadikan kita lebih maju dari orang lain.

Do all things with kindness

Salam petang semua.. Berbuat baiklah selalu kerana buat baik akan dibalas baik dan jangan sesekali berbuat jahat.. Berbuat baiklah sebanyak yang mungkin kerana kita tidak tahu bila masanya kita akan memerlukan pertolongan. Dalam kehidupan ini janganlah kita suka menindas,menganiayai, menzalimi orang lain walau apa cara sekalipun.Walaupun kita berpangkat,berjawatan tinggi dan dihormati. Sebabnya doa orang yang dizalimi ini dan teraniaya pasti dimakbulkan oleh Allah.Kita tidak tahu apakah yang didoakan, kalau baik maka baiklah yang kita dapat tapi kalau sebaliknya.. Berbuat baiklah sesama manusia,ganjarannya amat besar disisi Allah..