Posts

Showing posts from February 14, 2014

Alhamdulillah...

Image
Assalamualaikum sahabat sekalian.Semoga ceria dan sihat selalu.Alhamdulillah kerana masih lagi diberi kesempatan dan bernafas di dunia ini.Syukur Alhamdulillah, dalam busy mencari idea apa nak makan tengahari tadi, datang rakan sekerja azlea, "Angpau for you kids." Syukur Alhamdulillah. Pernah juga ada pengalaman, sedang sibuk memikirkan juadah yang ingin dihidangkan untuk family, datang anak jiran memberi salam dengan membawa juadah untuk petang..Ya Allah..syukur Alhamdulillah.
Ya..bersyukur lah melalui hati, lidah dan anggota fizikal. Dengan nikmat Allah kita dapat melihat.Dengan nikmat Allah kita dapat mendengar.Dengan nikmat Allah kita dapat merasa.Dengan nikmat Allah kita dapat berbicara dan mengucapkan rasa syukur.Sebenarnya banyak nikmat yang Allah telah berikan kepada kita.Tetapi sama ada kita menyedari atau pun tidak.
Bersyukurlah..Janganlah kita sentiasa mengeluh dan merungut.Memang lumrah hidup manusia, ada sahaja yang tidak puas hati.Ada sahaja keluhan dan runguta…