Skip to main content

Posts

Showing posts from July 17, 2014

Memori main bunga api

Semalam bila tengok anak-anak main bunga api , aku terkenang zaman kanak-kanak yang happening bila time bulan puasa . Zaman kanak-kanak memang indah.Masih lagi terpahat di ingatan ku. Bila habis je berbuka puasa,kami 4 beradik masa tu 2 orang adik belum lahir lagi,keluar rumah main bunga api yang abah beli. Rasanya tiap-tiap malam kami main bunga api.Masa tu bunga api yang popular bunga api besi. Abah akan potong daun batang pisang ataupun batang pokok kantan dan bunga api akan dicucuk dipangkal batang.Tujuan nya kata abah nanti tangan panas. Kalau abah tak ada masa kami main bunga api, kami akan lempar bunga api ke atas pokok rambutan ataupun pokok manggis.Biar bunga api tersangkut di atas pokok dan pokok akan bercahaya. Yang paling best bila satu kampung, main bunga api bila malam 27 likur .Meriah sangat.Abah pasang pelita minyak tanah dan sangkut di batang kayu yang abah pacak keliling rumah . Masa tu akan dengar riuh rendah suara kanak-kanak main bunga api dan mercun. 

CPUV Nuffnang:Fashion Pitch/Writer Unleashed

Alhamdulillah rezeki di bulan Ramadhan. Nuffnang bermurah hati  lagi memberi CPUV dan Kempen ini daripada  Mycreative . Mycreative Sdn Bhd telah melancarkan pertandingan untuk mencari bakat-bakat baru dalam pertandingan Writer Unleashed bagi dan Fashion Pitch. Writer Unleashed Pertandingan bagi pencarian Writer Unleashed diadakan untuk mencari manuskrip terbaik dan menggalakkan serta meraikan kreativiti penulis-penulis Malaysia  Pemenang akan memenangi Wang tunai sehingga RM12,500.00 serta manuskrip akan ditebitkan. Tema: Bebas  Novel: Minimum 35,000 patah perkataan Himpunan Cerpen: Minimum 10 cerpen Himpunan Puisi: Minimum 80 puisi  Koleksi Artikel (Bukan Fiksyen):Minimum 10 Artikel Tarikh Tutup : 5 Ogos 2014 Fashion Pitch Berpeluang mendapatkan pinjaman perniagaan sehingga RM2,000,000.00. Tarikh tutup: 27 Julai 2014 Jangan lupa Klik banner di atas... Terima kasih Nuffnang kerana sudi beriklan di sini dan memberi kepercayaan kepada blog ini. S