Skip to main content

Posts

Showing posts from December 26, 2014

Suka Makan Pisang

Kami sekeluarga suka makan buah pisang . Beli sesisir sekejap je dah licin. Sedap dan mengenyangkan. Macam-macam resepi yang boleh kita buat dengan buah pisang ni.Boleh buat jemput-jemput pisang, pisang goreng,lepat pisang,kerepek,kek pisang,gulai pisang,banana split, banana smoothie dan yang terbaru pisang goreng cheese yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Banyak sebenarnya khasiat makan pisang. Antaranya bagus untuk sistem penghadaman dan pencernaan terutamanya yang mengalami sembelit. Makanlah pisang untuk perut yang sihat. Pisang memberi tenaga kerana mengandungi gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. That's why atlet sukan suka makan pisang untuk memberi tenaga dan menghilangkan kepenatan. Teringat dulu semasa aina mewakili selangor dalam bola jaring peringkat kebangsaan 2013, habis je satu-satu perlawanan jurulatih cepat-cepat beri makan pisang. Pisang mengandungi pottasium yang dapat membantu meno