Skip to main content

Posts

Showing posts from January 28, 2015

Sambal ayam dan ulam-ulaman

Menu bekal hari ini, nasi putih,ulaman dan sambal ayam dan ayam goreng untuk aina dan anis. Memang rasa seronok bila dapat menyediakan bekal atau bento setiap hari. Puas hati tatkala menikmati makanan sendiri.  Bangun seawal 5.00 pagi, terus masak nasi. Kemudian panaskan minyak dan keluarkan ayam yang telah pun di gaul dengan kunyit dan garam dan gorengkan ayam.Oh ye, preparation dah pun AB buat malam sebelum masuk tidur. Begitu juga sambal ayam pun dah dimasak. Kemudian, panaskan sambal yang telah dimasak dan masukkan ayam yang telah di goreng tadi.Nasi pun sudah masak.Next preparation untuk menyiapkan bekalan diisi di dalam bekas. Tadaa.. siap..Inilah rupanya bekalan AB. Jam menunjukkan sudah 5.50 pagi, AB terus mandi dan tunggu azan subuh. Selepas solat subuh bersiap dan mengejutkan aina dan anis. AB berjaya keluar dari rumah jam 6.45 pagi dan menghantar aina  dahulu kemudian anis ke sekolah masing-masing sebelum bergerak ke pejabat.  Alhamdulillah..jimat ha