Posts

Showing posts from August 11, 2014

Cara legakan Sakit Tekak

Image
Assalamualaikum..


Rasanya mesti uolls pernah diserang sakit tekak.Kadang-kadang tu terlalu perit,sukar untuk menelan makanan dan minuman.Selalunya I kalau sakit tekak,cara yang paling mujarab dengan minum campuran madu dan lemon.Caranya campur dua sudu teh madu,satu sudu teh air perahan lemon ataupun hirisan lemon ke dalam 250ml air panas.Kalau nak rasa sedap boleh campur gula sedikit.Jangan banyak..Memang sedap..Amalkan sehingga rasa sakit tekak hilang..
Cara lain dengan meminum susu kayu manis.Cara membuatnya, campur 250ml susu tawar dengan seperlapan sudu teh serbuk penaik,1 sudu makan gula pasir,1 sudu teh madu dan setengah sudu teh kayu manis. Kacau rata kayu manis, gula pasir dan sebuk penaik,baru tambahkan susu dan kacau selama 1 minit.Kemudian panaskan di atas dapur dengan api kecil sederhana hingga hangat (jangan mendidih tau).Barulah tambah madu setelah susu hangat dan dihidangkan.
Teh herba juga boleh membantu legakan sakit tekak uolls..Antaranya teh hijau,teh lemon atau teh c…