Skip to main content

Posts

Showing posts from May 23, 2014

Setkan minda positif

Assalamualaikum.. Salam Jumaat semua.. Hari ini Setkan minda kita dengan perkara yang positif,bercakap yang positif,fikir positif,melihat positif.Jauhkan diri daripada melihat perkara yang negatif dan jangan biarkan diri kita dikuasai oleh sikap yang negatif tanpa disedari. Bila kita setkan minda dengan positif, insyaAllah walaupun perkara yang tidak baik berlaku hari ini, kita akan menghadapinya dengan sabar dan berlapang dada. Elakkan diri daripada rasa tidak puas hati, mencemuh orang dan elakkan marah.Marah itu emosi negatif.Jangan asyik nampak kesalahan dan keburukan orang lain.Tapi kesalahan sendiri tidak diperbetulkan. Kita yang setkan minda kita positif atau negatif.Jangan biarkan negatif bersarang di minda kita dengan cerita-cerita negatif dan tidak bermanfaat. Kita kena cepat-cepat tukar mode kepada positif. Oleh itu pancarkan sel-sel positif di sekeliling kita, pasti  jiwa kita akan rasa tenang..