Skip to main content

Posts

Showing posts from October 2, 2015

Selesai jua hutang ku..

Alhamdulillah..Akhirnya berjaya juga melunaskan hutang kereta Waja Campro ini selama 9 tahun.. Terasa lapang fikiran. Selepas ini bolehlah kami sekeluarga fokus dan meneruskan perancangan kami untuk tahun hadapan. Beli kereta baru?..Emmm..kereta ini masih berkeadaan baik.Rasenya mungkin tidak untuk masa ini.. Meminjam memang senang tapi nak buat bayaran setiap bulan tu yang liat.Terasa sayangnya duit  Bayangkan selama 108 bulan dengan bayaran RM634.00 sebulan. Nak beli kereta pun mungkin kami akan beli kereta terpakai sahaja yang masih bagus dan baru. Kereta ni bukannya aset.Keluar dari kedai dah pun jatuh harga. Inikan kereta yang dah 9 tahun. Prinsip kami biarlah kita berbelanja dibawah kemampuan kita. Jangan ikut orang sangat.. Rasa nikmat sangat pandu kereta yang bebas hutang  Sekian..