17 Feb 2017

PERCUTIAN CHENACHENIS DI BUKIT GAMBANG RESORT

Alhamdulillah kami sekeluarga diberi kesempatan oleh Allah bercuti selama 3hari 2 malam di Bukit Gambang Resort City pada hari Jumaat minggu lepas. Sepatutnya ini percutian kali ketiga tetapi pada tahun lepas kami terpaksa batalkan percutian ini kerana Aina mengalami demam panas dan bapa mertua telah kembali kerahmatullah pada minggu itu.

Syukur sangat tahun ini ada rezeki untuk mereka berdua. Alhamdulillah perjalanan kami berjalan lancar dan selamat. Sampai sahaja di sana terus check in dan ambil segala tiket dan voucher yang telah disediakan untuk pakej 3D2N.

Ini dia tiket dan voucher untuk pakej 3D2N.

* 3D2N bermalam di Family Suite,Arabian Bay Resort
*Buffet breakfast untuk 4 orang di ABR Coffee House untuk 2 pagi breakfast 
*Dinner untuk satu hari untuk 4 orang di Simba Hill Gourmet Hall 
*Tiket Water Park - 4 orang
*Tiket Safari Park-4 orang
*Active Academy(AA) games untuk 4 orang (Archery,Target shooting and flying fox

Memang dah faham sangat kalau bercuti aktiviti pertama adalah mandi di swimming pool.Mandi sampai lebam.Barulah planning aktiviti yang lain.

Kami hanya dinner di ABR Coffee House pada malam itu..Maklumlah berendam sehingga 2 jam..sedar-sedar dah pukul 6.00pm.Perut pun dah bekeroncong. Malam itu kami tidak ke mana, tidur awal sebab esoknya banyak aktiviti yang perlu dihabiskan..

Sekian..Nanti kita sambung lagi..