Assalamualaikum..     Ini adalah rentetan daripada entry  kambing oh kambing . Teringin pula nak buat lamb chop buatan sendiri.      Semalam selepas balik kerja aku ajak papa aina anis ke Aeon One Utama mencari bahan basah nak buat lamb chop..     Mula-mula nak cari yang daging kambing yang belum diperap. Tapi dah tergoda dengan daging yang sudah diperap, apalagi bermulalah operasi memilih daging..Syoknya memilih sampai tak sedar lebih dari 1 Kg.       Sampai di rumah aina dan anis dah bertanya   Mama nak masak apa malam ni?   Daging kambinglah kataku   Bersoraklah mereka berdua   Memasak tak ambil masa yang lama pun.Tak sampai 1 jam.Lagipun sos pun bukan buat sendiri.Beli je.. Mudah dan ringkas.     Inilah hasilnya..Janji puas hati dan diorang gembira.Anis requested nak lagi malam ni..Sedap katanya..     Dinner malam semalam    -Tamat-