Jalan-jalan naik komuter. Aktiviti kami 4 beranak di Tahun Baru Cina. Perjalanan bermula dari Stesen Komuter Batang Kali,Rawang ke KL Sentral. Harga tambang sehala untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak RM14.80. Hari yang paling seronok buat Aina dan Anis .Dapat juga merasai pengalaman naik KTM komuter. Tak ada lah aina dan anis melopong bila cikgu bertanya pernah naik komuter atau tidak nanti? Ye tak..Bertolak dari Stesen Batang Kali 11.30 a.m Dah namanya cuti umum..faham-fahamlah mesti ramai yang akan naik komuter dan tentulah warga asing yang akan memenuhi komuter especially from bangladesh,nepal,indonesia,myanmar dll. Masa cuti umum ni lah mereka akan keluar beramai-ramai turun ke Kuala Lumpur. Rasa macam bukan berada di Malaysia. Sampai di Rawang kami perlu tukar train untuk ke KL Sentral. So lega sebabnya dapatlah kami duduk.Train ke KL Sentral lagi luas,selesa, cantik , berwajah baru dan lengkap dengan CCTV. Apa lagi sesi bergambar ye.. Tiba ...