Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Dekorasi

BELI CLEAR GLASS STICKER

Lama juga AB mencari glass sticker yang sesuai untuk tingkap dapur.Entah macam mana tercetus idea nak pasang separuh saja glass sticker. Tak nak pasang keseluruhan tingkap.Lagipun AB dah pasang bidai tingkap . Carilah di DIY.Tapi banyak yang jenis gam dan tak ada yang berkenaan dihati.  Pencarian diteruskan. Wow tak perasan selama ini banyak glass sticker ada di jual di Home Pro (Malaysia). Yess..Bermacam-macam corak dan warna.. Dah dapat pun. Pilih yang mudah tanggal iaitu CTS Sicker Meiwa yang berharga RM29.90 semeter. Mahal ke? Kalau ikut harga mahal lah kan..Tapi memang cantik dan puas hati. Nanti tak delah jiran belakang dan orang nak sekodeng kita dari luar. Oh tak baik kan..Bersangka baiklah kita dengan orang. Lagipun kedudukan rumah AB rendah dan rumah belakang berkedudukan tinggi..Jiran belakang rumah boleh nampak apa kita buat di dapur if tarik bidai ke atas. Tetapi kami juga boleh nampak dapur jiran rumah belakang if diorang tarik bidai ke atas . Sama-sa...

KABINET DAPUR IDAMAN

Assalamualaikum, Bila dapat tahu yang rumah yang dibeli boleh di diami penghujung tahun ini, rasa teruja sangat..Alhamdulillah..dan sekarang ini tengah merancang langkah seterusnya sebelum masuk rumah.. yang pertama mestilah nak buat renovation .. Itu pun bergantung kepada bajet ..yang kedua Kabinet Dapur.. ni memang tak lari, semua wanita mengimpikan ruang dapur yang dilengkapi kabinet dan peralatan asas lain.. Pilihan kabinet dapur nanti tentulah berkonsepkan moden dan pilihan warna yang terang.Seperti gambar di bawah.Memang berkenan dengan kombinasi warna dapur merah jambu,hijau dan oren. lagi kontra warna kabinet lagi nampak moden,ceria dan bertenaga.Tapi suka lagi warna merah jambu dan hijau. mesti rajin memasak lepas ni..jangan malas.. dapur dah cantik, mood pun ada.asyik dok kat dapur lah selepas ini..Kaunter pulau pun cantik.. macam-macam warna ada..senang je bila suruh anak tolong ambilkan barang.. rasa tenang gabungan hijau dan coklat, ringkas dan nampak...

PESONA CANDELIER

Tatkala membelek Majalah Harmoni keluaran Februari 2014, terdapat artikel mengenai panduan memilih candelier. Kepada mereka yang suka menata hias kediaman mereka dengan candelier yang sesuai boleh ikuti panduan ini: Sumber google Pilihlah rekaan candelier yang bersesuaian dengan konsep kediaman kita.Sepadankan rekaan candelier dengan gaya hiasan kediaman sebelum mendapatkannya. Pilih rekaan terkini .Namun citarasa setiap individu berbeza.Jadi pilihlah yang tepat. Tujuan utama memasang candelier .Jika Candelier di pasang sebagai sumber utama cahaya, gunakanlah mentol yang lebih terang. Sebaliknya, kalau sekadar hiasan, guna mentol yang tidak terlalu malap. Ketinggian siling .Candelier yang panjang tidak sesuai untuk siling rumah yang rendah.Ianya sesuai digantung di siling ruang tangga bagi mereka yang memiliki rumah teres 2 tingkat. Bagi ruang dapur , pilih candelier yang tidak mencecah meja makan dan pencahayaan yang terang . Sumber google Ini pula tips membeli da...