Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

AKTIVITI FLYING FOX DAN MEMANAH

Assalamualaikum bertemu lagi kita.. Selain dari Water Park dan Safari Park, BGRC juga menyediakan aktiviti rekreasi di Active Academy yang terletak berhadapan dengan penginapan. Oleh itu bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak seperti Flying Fox, Memanah,Paintball Target Shooting, ATV Ride dan pelbagai lagi aktiviti lasak bolehlah ke sana. Bayaran pun sangat berpatutan. Kami telah memilih aktiviti seperti Flying Fox dan Memanah (Archery) .Tak sangka pula Aina Dan Anis berani melakukan aktiviti Fying Fox. Wah hebatlah Aina dan Anis. Tak takut langsung dengan ketinggian. Mengikut penerangan pekerja di Active Academy ketinggian adalah 25 kaki dan sepanjang 163 meter. Tinggi tu. Siapa yang gayat tak perlulah melakukan aktiviti Flying Fox ni.  Aina memang berani. Dia yang mendahului mama dan papa melakukan aktiviti flying fox diikuti Kak AB, Anis dan Papa Chenanis. Sebelum itu rasa tak yakin dengan Anis kerana Anis seorang yang penakut. Tapi Papa Chenachenis dapat menyakinkan

MAKAN MALAM DI SIMBA GOURMET HALL

Kita sambung cerita di percutian di Bukit Gambang Resort City (BGRC). Tarikan utama di sini, kita berpeluang untuk menikmati makan malam di Simba Gourmet Hall dan adalah lokasi pertama di temani Singa Putih. Hebat kan.Kami dinner di situ.  Semasa kami sampai di sana jam 6.30pm,pelanggan tidak ramai jadi kami dapat meja di tepi tingkap. Sambil menjamu selera nanti bolehlah tengok Singa Putih. Tapi Singa Putih sedang berehat dan tidak menonjolkan dirinnya serta cuaca semakin gelap. Menu pesanan kami: Fresh Apple Juice (1) Ice lemon Tea (1) Safari Combo (1) Fried Kway Teow (1) Chicken Chop (1) Hyeana Favourite (1) Water Lemon Juice (2) Simba Fried Rice (1) Jumlah : RM160.80. Makanan di Simba Hall memang sedap. Puas hati lah makan di situ. Lagipun harga pun berpatutan. Menu kesukaan Anis Chicken Chop..Alahai anak Ini pun kesukaan Aina (Hyeanna Favourite) Simba Hall Gourmet. Besar dan luas. Kak AB suka dengan decoration Hall i