Skip to main content

Posts

Showing posts from December 31, 2013

Dah buka akaun...

Alhamdulillah akhirnya selesai juga urusan untuk membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk Anis yang dah lama tertangguh ni.Masa tu kami jalan-jalan ke One Utama, ternampak pula booth PTPTN, jadi apalagi terus isi form, photostat IC di situ, hanya borang untuk pemotongan kebenaran gaji sahaja, en.abang kena dapatkan pengesahan daripada majikan. Pendaftaran hanya serendah RM20.00 sahaja. Untuk Aina, kami dah lama buka SSPN, Anis sahaja belum..Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan kami hari itu.. Apa yang menarik tentang SSPN ni? SSPN merupakan satu instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. Ianya adalah berlandaskan syariah yang menggunakan konsep ' Wakalah Bil Istithmar'. Layak memohon pembiayaan pendidikan PTPTN Deposit bulanan serendah RM20.00 sahaja Pelepasan taksiran cukai ke aras simpanan bersih tahun semasa sehingga RM6,000 setahun Perlindungan Takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpana