Skip to main content

Posts

Showing posts from November 12, 2015

MAJLIS JAMUAN MASUK RUMAH BARU

Alhamdulillah pada 8.11.2015; 11.30a.m berlangsungnya majlis bacaan yassin sempena masuk rumah baru di kediaman kami. Syukur Ya Allah di mudahkan urusan kami dan lancarkan majlis ini. Terima kasih yang tak terhingga buat abah yang mengetuai majlis ini. Buat mak yang sentiasa mendoakan kebahagiaan kami sekeluarga. Sayang mak dan abah. Terima kasih buat kakak (Along) yang menaja Sup Ketam,Rendang Ayam dan Tumis Lala pada hari tersebut. Begitu juga adik,kakak,abang ipar,adik ipar serta kenalan rapat yang menghadiri majlis ini.. Menu pada hari tersebut..Nasi Putih, Ayam Goreng Madu, Kari Ikan Ternggiri,Sambal Telur Puyoh, Sambal Tempoyak, Ulam-ulaman,sambal belacan,sup ketam,rendang ayam dam Tumis Lala.  Pemanis mulut tembikai dan Fruit Tart. Memang meriah menu..Cukup.. Seawal 6.00pagi selesai solat subuh AB sudah pun bertungkus lumus ke dapur memasak untuk tetamu-tetamu yang akan hadir. Alhamdulillah setakat 30-40 orang tetamu boleh lah lagi memasak tanpa bantuan assist