Skip to main content

Posts

Showing posts from March 30, 2014

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Melegakan Rasa Marah..

Ada orang marah dalam diam.Umpama api dalam sekam,membakar. Jika tidak dilepaskan bertukar menjadi dendam. Ada yang cepat marah dan cepat redanya. Seperti bom meletus dan padam tidak lama kemudiannya. Sekarang ini kalau beratur panjang, menunggu giliran di hospital atau klinik, ditambah lagi kalau ada yang memotong barisan padahal kita dah berjam-jam menunggu pastinya mengundang kemarahan.Pelbagai kata-kata kesat  yang enak didengari boleh terkeluar. Begitu juga semasa memandu kereta. Pantang ada kereta lain memotong atau membunyikan hon, tanpa berfikir panjang, laju sahaja mulut menghamburkan kata-kata kesat. Malah masyarakat sekarang sudah terbiasa menggunakan medium sosial seperti Facebook dan Whatsapp  untuk melepaskan kemarahan mereka kepada seseorang. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan boleh diikuti: Mengambil wuduk Banyakkan beristighfar Minum air Berdiam diri Ubah posisi Tarik nafas dalam-dalam Mengingatkan diri sendiri Fikirkan ses