Skip to main content

Posts

Showing posts from April 18, 2014

Colour Your Day!!

Tadi belek-belek majalah rapi keluaran April, menarik pula artikel ini..Colour Your Day..Rahsia Tampil Menawan..wah boleh cuba ni..tak de lah rasa boring asyik warna baju yang sama setiap hari.. I snin-Putih Putih melambangkan kesucian rohani.Sucikan hati dan ikhlaskan diri bagi memulakan hari pertama ke tempat kerja setelah bercuti di hujung minggu. Tak perlu mengenakan semua warna putih, mungkin boleh padankan dengan seluar, kasut atau beg tangan dengan warna yang sepadan atau bercorak. Selasa-Merah Jambu Hari yang penuh kasih sayang dan romantis.Jika emosi dan mood kurang stabil,kenakan pakaian bertemakan warna merah jambu.Mungkin dapat membantu menjadikan emosi stabil dan tenang. Saya suka warna ini.. Rabu-Biru Biru sering dikaitkan dengan keberkesanan dalam komunikasi atau perhubungan.Kalau ada mesyuarat atau temujanji dengan insan istimewa sebaiknya kenakan warna biru ya! Khamis-Kuning atau Oren Hari yang penuh keceriaan. Warna yang menyerlahkan aura dan