Posts

Showing posts from December 9, 2014

Singgah sebentar Strawberry Leisure Farm di Genting Highlands

Image
Assalamualaikum semua..


Dalam perjalanan balik dari Terengganu ke rumah, kami singgah sekejap di Genting Strawberry Leisure Farm di Gohtong Jaya. Ini pun sebab aku beria-ia nak beli strawberry yang segar bugar. Kali terakhir ke sini 2 tahun lepas masa aina 5 tahun. Lama kan.Padahal nak ke Genting perjalanan tak lah jauh. Hanya mengambil masa 20 minit je dari rumah. Sebab dekat sangatlah kami jarang ke Genting Highlands. 
Sampai je di pintu masuk Strawberry Farm.Eehhh..dan kena bayar. Dewasa RM8.00 dan kanak-kanak RM5.00. Masuk jugalah.Walaupun hati ini bengkak dan geram. Jumlah RM26.00. Papa aina dan anis memang tak puas hati. Tanya lah dengan pekerja di situ.Bayaran bermula bulan lepas. Nak petik strawberry pun boleh.Harganya 100gm RM8.00.Tak nak pun tak pe. Boleh beli depan masuk ladang strawberry. 

Macam-macam ada di Genting Strawbery Leisure Farm. Ada Lavender Farm,Ladang cendawan,kedai dan cendermata. Bersakanlah aina dan anis jadi model di Lavender Farm.



Dah keluar dari ladang straw…