Frust betul semalam tak dapat main badminton di dewan. Memang dah planning semalam. Bila sampai je di dewan..lah..orang lain dah booking untuk kenduri kahwin. Sedihnya.. Semangat berkobar-kobar selepas maghrib bersiap-siap nak ke dewan. Nak buat macam mane. Tak ada rezeki, lain hari lah dapat main di dewan. Alhamdulillah hari ini, seperti biasa aktiviti petang di hujung minggu, kami berempat bermain badminton. Tapi bukanlah di dewan. Di halaman rumah opah dan tok dad.Cuaca amat baik hari ini. Dapatlah kami bermain petang tadi. Syok..berpeluh-peluh sakan kami hari ini. Walaupun AB bermain badminton dengan anak-anak dan suami je. AB memang suka bermain badminton. Walaupun tak pernah pun dapat proper training dari permainan ini dan bukanlah terror sangat. Sekadar suka-suka. Bila dapat bermain badminton, fikiran jadi lapang, dapat eksesais, keluarkan peluh dan bakar kolari. Lagi pun main badminton ni mana boleh berdiri setempat, kena berlari nak kejar shut...