Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

Senyum itu sedekah

Senyum tak perlu kata apa-apa.Senyum Senyum. Kalau boleh saya nak senyum pada semua orang setiap hari.  Sebab senyum itu sedekah.Sedekah dapat pahala.Maka senyumpun dapat pahala kan. Betul tak?  Nabi Muhammad s.a.w pernah berkata bahawa ''Senyum kepada saudaramu adalah sedekah''  Senyumlah dari hati  yang ikhlas kerana dengan senyuman mendekatkan  kita kepada Allah, bersama rahmatNya yang tidak dapat di jual beli. Senyum itu kegembiraan,  Senyum itu kebahagiaan,  Senyum penawar hati yang sakit, Senyum itu awet muda, Senyum itu pengikat kasih sayang, Senyum itu cantik  Jadi Mulakan hari anda dengan senyuman.

Penjagaan kesihatan yang menyeluruh

Kesejahteraan sering dikaitkan dengan keadaan dimana kita bebas daripada sebarang penyakit.Maka sudah tentulah kita dianggap seorang yang sihat seandainya kita tidak mengidap sebarang penyakit.Namun ada pula yang beranggapan walaupun kita tidak berpenyakit, kita tidak semestinya berkeadaan sihat. Kesejahteraan sebenarnya berkait rapat dengan gaya hidup seseorang.Setiap individu mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri;memberikan pemakanan asas terbaik pada tubuh,mengawal berat badan serta tidak lupa untuk bersenam.Di samping itu,risiko kesihatan seperti merokok,pengambilan alkohol dan penyalahgunaan dadah haruslah dielakkan bagi memelihara kesejahteraan dan kesihatan diri. Tiga langkah mudah untuk mendapat kesihatan dan kesejahteraan yang optimum: Langkah 1: Anti- Penuaan Penuaan sebenarnya bermula diperingkat selular.Ia berlaku akibat daripada kerosakan molekul seperti DNA yang merupakan asas sel tubuh.Apabila semakin hari DNA kian lusuh d

Tip penjagaan gigi anak

Pada usia enam bulan gigi susu akan mula tumbuh. Ketika berumur dua tahun, si manja akan memiliki set gigi susu yang lengkap sepenuhnya. Ketika dia masih kecil, kita yang membantu untuk memberus giginya. Tapi kin i anak anda sudah besar. Adakah anda harus terus membantunya atau ajar agar dia dapat melakukannya sendiri?  1-AJAR ANAK CARA YANG BETUL Mulakan dengan memberus gigi mereka. Menurut Pakar pergigian, ibu bapa bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan mulut kanak-kanak adalah bersih sehingga dia berusia enam tahun. Anda boleh mengajarnya memberus gigi sendiri pada usia tiga hingga empat tahun supaya dia boleh berdikari. Sebelum itu, anda mestilah memberus gigi si kecil sebagai pelajaran pertamanya tentang kebersihan pergigian dan secara tidak langsung akan menjadi rutin hariannya selepas makan. Anda juga perlu memastikan si manja menggunakan peralatan yang betul seperti berus gigi yang sesuai dengan peringkat usia tiga hingga empat tahun.

Filem Animasi - Epic yang menghiburkan

Cuti sekolah baru-baru ni sempatlah bawa Aina & Anis menonton wayang filem animasi "Epic" di Curve. Tak rancang nak menonton wayang pun hari tu,saje berjalan di Curve.Tulah, kalau yang plan mesti tak jadi,tapi yang tak plan mesti jadi.Kenapa ye? Tergerak hati tu ajak abang tengok wayang.Melompat-lompat Aina dan Anis bila dengar nak tengok wayang.Teruja sangat.sebab last bawa diorang tengok cerita Seafood.Masa nak beli tiket, wayang dah nak start tapi iklan dulu.jadi sempatlah tengok beginning.Orang pun tak ramai.Seat pun banyak yang kosong.Jadi duduk tak ikut nombor tiketpun.Hehehe.Layanz.. Aina..peace Anis ..Yeaee  Cerita ini bermula dengan kepulangan Mary Katherine (MK) bertemu ayahnya yang tinggal keseorangan di temani anjingnya berkaki tiga (Ozzy) di pinggir hutan. Ayah MK memberitahu MK bahawa ada makhluk kerdil tinggal  di dalam hutan. Jadi untuk membuktikannya ayahnya telah memasang kamera di setiap hutan untuk merakam gerak-geri mak

Berkunjung ke Sungai Sendat Hulu Yam Bharu

Disebabkan cuaca panas dan dijangka akan panas sehingga september ni, apalagi sungailah jawabnya.Aina dan Anis paling gembira sebab mereka tidak pernah mandi sungai.selalunya mandi di kolam sahaja.Planning hari tu nak breakfast kat sungai, tapi tak jadi,tapi sempat tapau roti telur untuk si chena chenis.Perjalanan nak ke sana tak jauh ambil masa 15 minit je. Kami singgah ambil along.Along pun excited jugak nak mandi sungai,dah lama tak mandi sungai katanya. Sampai di sana dah ada pengunjung ambil tempat kami. Datang dari subang.Sempat berkenalan dengan diorang. Tak kira orang ada ke tak..kami apalagi terus terjun.Nyaman dan segar,bestnya..sejuk.. Kalau ikutkan nak berendam lama.Tapi dah planning nak ke One Utama dan Ikea petang tu.Terpaksalah balik awal. Selamat tinggal, nanti kami datang lagi..tunggu..

Kepentingan pengambilan suplemen kepada tubuh badan

Perlukah kita ambil suplemen? Mesti ada yang akan jawab.YA atau TIDAK.dan mesti yang akan tanya Kenapa kita perlu ambil suplemen?Tak cukupkah makanan yang kita ambil? Mari kita baca Kenapa Kita perlu ambil suplemen? 1.  Sebab kita terdedah dengan pencemaran alam sekitar. Kesan daripada pencemaran udara akan mengganggu sistem pernafasan manusia. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan akan melambatkan tindakbalas manusia .Sehinggalah menyebabkan mengantuk,penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru. 2.  Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien Badan kita sememangnya memerlukan vitamin dan mineral sebagai tambahan untuk memastikan ia bergerak aktif seperti Vitamin C bagus untuk kulit dan Vitamin E untuk anti penuaan. 3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas Penggunaan racun perosak, racun serangga  akan mempengaruhi kualiti buah-buahan dan sayur-sayuran. Penggunaan racun ser

Kepentingan Vitamin dan Suplemen

Jenis-Jenis Vitamin dan Fungsi ________________________________________________________________________________ Sumber : Wikipedia Vitamin  maksudnya bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien . Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda.Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.Mari kita lihat Jenis-jenis vitamin dan fungsinya. Jenis vitamin Fungsi Larut dalam lemak : Vitamin A Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun. Vitamin D Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi. Vitamin

Sedapnya Air masak

Minum air masak amat digalakkan sekiranya anda mahu kekal muda remaja.Walaupun tidak punya rasa manis seperti sirap,namun ia amat baik untuk mengekalkan kesihatan kulit wajah serta melindungi tubuh dari penyakit kulit. Sekurang-kurangnya minumlah minimum dua liter air setiap hari.Pengambilan air masak akan membuang segala toksin dalam badan dan membuatkan tubuh lebih bermaya. Kurang pengambilan air masak akan menyebabkan tubuh mengalami dehidrasi yang menyebabkan tubuh lemah dan kulit serta bibir kering.

Tip penjagaan jantung sihat

Jantung adalah otot yang paling kuat bekerja dalam badan.Setiap hari jantung akan berdenyut 100,000 denyutan dan mengepam 7,570 liter darah setiap hati. Serangan jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat Malaysia.Penyakit ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup harian seperti pemakanan yang sihat,mengambil suplemen yang berkualiti,bersenam secara teratur,menjauhi rokok dan alkohol dan mengekalkan berat badan yang ideal. Pemakanan yang sihat Elakkan makanan yang kaya lemak seperti mentega,keju,minyak sapi, dan makanan yang bersantan dan mengandungi kolestrol termasuk telur,hati dan sebagainya.Digalakkan makanan secara kukus dan panggang dan kurangkan penggunaan minyak dalam penyediaan makanan. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran seperti lobak,timun dan kubis serta sayur berdaun hijau dan buah-buahan. Mengekalkan berat badan yang ideal Kegemukan akan menyebabkan penyakit darah tinggi,kencing manis,paras lemak yang tinggi dan sebag

Najwa Latif- Adamu (Piano Instrumental)