Disebabkan cuaca panas dan dijangka akan panas sehingga september ni, apalagi sungailah jawabnya.Aina dan Anis paling gembira sebab mereka tidak pernah mandi sungai.selalunya mandi di kolam sahaja.Planning hari tu nak breakfast kat sungai, tapi tak jadi,tapi sempat tapau roti telur untuk si chena chenis.Perjalanan nak ke sana tak jauh ambil masa 15 minit je. Kami singgah ambil along.Along pun excited jugak nak mandi sungai,dah lama tak mandi sungai katanya. Sampai di sana dah ada pengunjung ambil tempat kami. Datang dari subang.Sempat berkenalan dengan diorang.
Tak kira orang ada ke tak..kami apalagi terus terjun.Nyaman dan segar,bestnya..sejuk..
Kalau ikutkan nak berendam lama.Tapi dah planning nak ke One Utama dan Ikea petang tu.Terpaksalah balik awal. Selamat tinggal, nanti kami datang lagi..tunggu..
Comments
Post a Comment