Skip to main content

Tip penjagaan gigi anak

Pada usia enam bulan gigi susu akan mula tumbuh. Ketika berumur dua tahun, si manja akan memiliki set gigi susu yang lengkap sepenuhnya. Ketika dia masih kecil, kita yang membantu untuk memberus giginya. Tapi kini anak anda sudah besar. Adakah anda harus terus membantunya atau ajar agar dia dapat melakukannya sendiri? 





1-AJAR ANAK CARA YANG BETUL
Mulakan dengan memberus gigi mereka. Menurut Pakar pergigian, ibu bapa bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan mulut kanak-kanak adalah bersih sehingga dia berusia enam tahun. Anda boleh mengajarnya memberus gigi sendiri pada usia tiga hingga empat tahun supaya dia boleh berdikari. Sebelum itu, anda mestilah memberus gigi si kecil sebagai pelajaran pertamanya tentang kebersihan pergigian dan secara tidak langsung akan menjadi rutin hariannya selepas makan.

Anda juga perlu memastikan si manja menggunakan peralatan yang betul seperti berus gigi yang sesuai dengan peringkat usia tiga hingga empat tahun. Berus gigi mesti yang lembut dan bahagian pemegang yang besar. Pilihlah ubat gigi yang diformulasikan khas tanpa fluorida untuk gigi susu dan tanpa gula. Perisa buah-buahan yang harum serta berus gigi yang berwarna-warni dengan gambar watak animasi kesukaannya akan memberikan keseronokan dan keterujaan untuk memberus gigi.

2-BERIKAN KEBEBASAN MEMILIH

Kanak-kanak pada usia ini suka membuat sendiri dan berlagak seperti orang dewasa. Oleh itu, berikan kebebasan kepada si manja untuk memilih sendiri berus dan ubat gigi. Selain itu, biarkan dia meletakkan sendiri berus gigi pada berus. Selain itu, sebagai galakan kepadanya, anda boleh meletakkan tempat cawan, letak berus gigi dan ubat gigi lebih rendah sesuai dengan ketinggiannya agar mudah dicapai dan menggalakkan dia berdikari memberus gigi sendiri.

3-BERUSLAH BERSAMA-SAMANYA

Jadikan rutin memberus gigi sebagai aktiviti bersama. Sebagai contoh, memberus gigi sebelum tidur. Anda boleh mengajak anak untuk berus gigi bersama-sama yang secara tidak langsung membuatkan dirinya ‘penting’ dan dinanti-nantikan setiap kali sesi memberus gigi.

4-BAWANYA BERJUMPA DOKTOR GIGI

Selalunya anak-anak lebih mudah mendengar nasihat orang asing daripada mendengar nasihat ibu bapa sendiri. Oleh itu, bawalah anak untuk mendapatkan pemeriksaan doktor gigi. Kebiasaannya selepas pemeriksaan, doktor akan menerangkan kepada si cilik anda tentang status giginya. Di samping itu, doktor yang merawatnya akan menasihatkan dia supaya rajin memberus gigi selepas makan dan mengelakkan makanan seperti gula-gula, makanan ringan dan minuman manis. Bawalah si manja anda membuat pemeriksaan doktor gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali.

5-CIPTAKAN LAGU ISTIMEWA

Ciptakan lagu berirama ceria yang berkisar tentang pergerakan langkah demi langkah memberus gigi supaya si manja anda boleh mengingatinya mudah. Sebagai contoh, liriknya boleh berbunyi begini-“ Gosok luar bulat-bulat, gosok dalam bulat-bulat, gosok depan bulat-bulat, gosok belakang bulat-bulat. Gosok atas, gosok bawah, nanti gigi jadi lawa”. Hal ini akan menjadikan aktiviti memberus gigi lebih menyeronokkan.

4-PUJILAH DIA DAN BERIKAN GANJARAN

“Bagusnya Anis berus gigi sendiri. Nanti petang mama bawa Ahmad pergi taman permainan ye,” Berikan reaksi positif terhadap kelakuan si cilik anda apabila dia berjaya untuk memberus giginya sendiri. Sebagai contoh pujilah dengan kata-kata yang baik dan berikan dia ganjaran yang sewajarnya. Sebagai contoh, sekiranya dia berjaya memberus gigi dengan baik tanpa membantah, anda akan membelikannya buku, baju idamannya atau membawanya ke taman permainan.

INFO GIGI SUSU: Gigi susu mendapat namanya kerana warnanya yang seakan-akan warna susu yang kekuning-kuningan.
 

Comments

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet