Posts

Showing posts from June 4, 2014

Tiada kek di ulang tahun perkahwinanku..

Image
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke-8 Sekejap betul masa berlalu..Semalam 3-6-2014 adalah ulang tahun perkahwinan kami yang ke-8 tahun..Alhamdulillah..syukur Ya..Allah memanjangkan jodohku bersama suami ku sehingga ke saat ini. Semakin lama usia perkahwinanku semakin mendalam cinta terhadap suamiku.Kami bersyukur Ya Allah,diberikan rezeki yang cukup dan diberikan nikmat kesihatan serta kebahagian dalam keluarga. 
Jadikanlah kami suami isteri yang saling mencintai di kala dekat,saling menjaga kehormatan dikala jauh, saling menghibur dikala duka,saling ingat mengingati dikala bahagia,saling mendoakan dalam kebaikan dan ketakwaan serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.
Ya Allah,sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada Sunnah Rasul-Mu.
Ya Allah..indahkan rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci.Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma'-Mu.Penuhi kami dengan amal soleh yang…