Tiada kek di ulang tahun perkahwinanku..

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke-8

Ulang tahun perkahwinan

Sekejap betul masa berlalu..Semalam 3-6-2014 adalah ulang tahun perkahwinan kami yang ke-8 tahun..Alhamdulillah..syukur Ya..Allah memanjangkan jodohku bersama suami ku sehingga ke saat ini. Semakin lama usia perkahwinanku semakin mendalam cinta terhadap suamiku.

Kami bersyukur Ya Allah,diberikan rezeki yang cukup dan diberikan nikmat kesihatan serta kebahagian dalam keluarga. 

Jadikanlah kami suami isteri yang saling mencintai di kala dekat,saling menjaga kehormatan dikala jauh, saling menghibur dikala duka,saling ingat mengingati dikala bahagia,saling mendoakan dalam kebaikan dan ketakwaan serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah,sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada Sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah..indahkan rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci.Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma'-Mu.Penuhi kami dengan amal soleh yang kau redhai. Jadikan mereka Ya Allah teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah..damaikan pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan.Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya.Jauhkan kami dari keburukan yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah..berkatilah pendengaran kami,penglihatan kami,hati kami,keturunan kami dan ampunilah kami.Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin..Amin..

Tiada kek di ulang tahun perkahwinan kami..hanya jamuan ringkas untuk mak dan abah dan doa dari mereka  untuk kesejahteraan dan kebahagian kami sekeluarga..

Ulang tahun perkahwinan






Comments

  1. Semoga bahagia dunia akhirat kak.. Aminn..

    ReplyDelete
  2. tahniah...dah 8 thun kak kawen rupanya..xpe xde kak pun kak,jnji doa dr husband dan kluarga kak lebih terbaik..

    ReplyDelete
  3. Happy Eight Anniversary AB..Semoga bahagia ke akhir hayat...

    ReplyDelete
  4. Semoga bahagia hingga ke syurga... Amin.

    ReplyDelete
  5. Happy Anniversary :-)

    Takda kek takpe. Asalkan suami isteri kekal berbahagia.

    ReplyDelete
  6. tahniah.. semoga kekal hingga ke jannah...

    ReplyDelete
  7. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah... Amin...

    ReplyDelete
  8. Selamat ulangtahun perkahwinan kak!semoga berkekalan hingga ke syurga.. :*

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bila Hati Tersentap !!!

DIY BOTOL PLASTIK