Posts

Showing posts from August 1, 2014

Anis buat hal di pagi raya

Assalamualaikum..Alhamdulillah baru hari ni dapat menjenguk blog.Bila cuti hari raya blog ni pun sama bercuti.Raya tahun ni kami sekeluarga beraya di Terengganu.Beraya rumah my MIL and FIL..Aina dan Anis lah yang paling seronok.Sebab dapat berjumpa dengan tok ki dan tok serta sepupu sebelah papanya..Seronok tahun ni, semua adik beradik sebelah suami ada.Meriah sangat rumah my mil dan fil.Almaklumlah orang kuala lumpur balik (kami lah tu)..Dalam seronok-seronok pun..Anis buat hal di pagi raya..Tak nak bergambar dan mood tak baik..Semuanya serba tak kena.Tak nak beraya.Stress woo dengan perangai anis ni..Tapi time nak dapat duit raya..tak pulak dia menangis..anak oo anak..So tak de sangatlah kami bergambar 4 beranak di pagi raya..tu yang sedih..Dah ke petang barulah mood nya ok dan dapatlah beraya di rumah sanak saudara terdekat.. Di kesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' buat semua..Semoga raya tahun ini memberi keceriaan buat kita semua.…