Skip to main content

Posts

Showing posts from March 27, 2014

Hargailah Ibu Kita

Pada suatu pagi,berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan yang mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang. Pengurus:"Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?" Gadis: "Tidak." pengurus :"Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?" Gadis:"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun dan ibu saya telah membayar semua yuran pegajian saya." Pengurus:"Ibu awak bekerja di mana?" Gadis:"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah." Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat