Pada suatu pagi,berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan yang mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.
Pengurus:"Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis: "Tidak."
pengurus :"Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis:"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun dan ibu saya telah membayar semua yuran pegajian saya."
Pengurus:"Ibu awak bekerja di mana?"
Gadis:"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."
Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat. Pengurus berasa hairan lalu bertanya kepadanya.
Pengurus:"Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"
Gadis:Tidak pernah.Ibu selalu berpesan supaya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan.Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian.Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."
Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan,dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya. Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersihkan tangan ibunya.
Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan.Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu.Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya.kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.Lama-kelamaan gadis itu menyedari bahawa tangan inilah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti. Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh pakaian ibunya yang masih tinggal.
Keesokan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu bertanya.
Pengurus:"Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"
Gadis:"Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."
Pengurus:"Apa yang anda rasa?
Gadis : Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja, saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup.Ketiga, saya tahu betapa pentinya hubungan kekeluargaan.
Pengurus:Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya.Awak diterima untuk bekerja di sini."
Sedih dan menyentuh hati membaca cerita ini. Betapa mulianya hati seorang ibu.Seorang ibu hanya memikirkan keperluan anak-anaknya dan memastikan semuanya cukup tanpa berfikir apa yang yang diperlukan untuknya.
Oleh itu hargailah ibu selagi bernyawa.Hargailah pengorbanannya yang mengandungkan kita selama 9 bulan dan bertarung nyawa melahirkan kita.
Syurga itu di telapak kaki ibu. Syurga yang menjadi dambaan anak-anak..
Sayangilah ibu kita..
Sumber:pembacaan facebook
panjang sungguh sesi interbiu tu... nice story
ReplyDeletemenangis niesa baca..niesa sgt sensitif bila berkaitan dgn ibu ni..sbb niesa ni anak yg degil..hukhuk..thanks kak for sharing..mmg xmampu balas budi ibu bapa ni..
ReplyDeleteSometimes, ada masanya kita perlu mendidik anak membantu kerja kita supaya dewasa kelak dia lebih mudah faham dengan pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa demi membesarkan anak-anak.
ReplyDeletesebak membaca entri ini.. sungguh besar pengorbanan ibu kita.. hargailah mereka sementara mereka masih ada.. doakan mereka seandainya mereka telah tiada kelak..
ReplyDelete