Posts

Showing posts from October 2, 2014

Selamat Hari lahir mak dan fiera ♫

ALLAH SELAMATKAN KAMU ♫♫ ALLAH SELAMATKAN KAMU♫♫ ALLAH SELAMATKAN MAK♫♫ ALLAH SELAMATKAN MAK♫♫
Hari ini genap usia mak yang ke 67 tahun.Selamat hari lahir buat mak tercinta Puan Hajjah Kalsom. Jasa mak yang melahirkan kami,mendidik,membesarkan kami 6 beradik tidak kami lupakan hingga akhir hayat.
Buat mak yang abah panggil 'cun', kami doakan mak panjang umur,dikurniakan kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki,sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah.Moga kebahagiaan dan keceriaan menjadi milik mak. Maafkan kami jika ada salah dan kesilapan kami yang kadang-kadang buat mak susah hati. Mak pernah berkata kepada kami walaupun kami dah kahwin dan mempunyai anak, kami 6 beradik tetap anak kecil dimata mak..
Sayang mak...
Buat fiera, anak saudaraku yang berkongsi hari lahir yang sama dengan opah.. Mama,papa, kakak aina dan anis ucapkan  "Selamat Hari Lahir..Fiera..  Moga fiera menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat..