Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Motivasi

SELAMAT PAGI

Assalamualaikum wbt.. Bersabarlah.. Sesuatu yang baik itu selalu datang kepada mereka yang sentiasa bersabar MENUNGGUNYA..

Tiada lagi Monday Blues

Assalamualaikum dan salam penuh senyuman di hari Isnin ceria.. Ada kawan pernah mengatakan bahawa "I'm easily confused on a Monday Morning". Bagi AB orang yang bekerja ofis  memang akan mengalami "Monday Blues" iaitu sindrom liat nak pergi kerja dan tiada mood di pagi hari isnin setelah berehat panjang di hujung minggu.Buat kerja-kerja ofis pun serba tak kena. Sebenarnya jangan dilayan sangat sindrom ini.Nanti jadi satu habit pula.Asal hari Isnin je Morning Blues.  Sebelum memulakan hari anda breakfast dulu ye.. Minumlah secawan kopi untuk menghilangkan rasa mengantuk.

Hope

Never stop believing in HOPE because MIRACLES happen everyday 

Jangan Suka Menabur Janji

Ramai orang berjanji.Ramai juga yang memungkiri janji.Ada janji yang membawa bahagia dan ada janji yang membawa merana. Janji..memang mudah untuk diucapkan, tetapi melaksanakan bukannya mudah. Dari itu janganlah suka menabur janji kerana didorong rasa gembira  dan memberi harapan yang tinggi, kerana akan ada hati yang akan kecewa dan terluka sekiranya tidak dipenuhi. Ada juga di antara  ibu bapa yang berjanji dengan anak-anak.Mungkin bila berjanji dengan anak-anak dapat menenangkan perasaan hati anak-anak. Gembiralah hati si anak bila mendengar janji dari ibu bapanya. Apabila masa yang ditunggu telah tiba, menagih simpatilah anak-anak. Tapi janji tinggal janji.Kecewa dan sedih hati anak-anak apabila yang dijanjikan tidak ditunaikan. Jauhilah sikap suka berjanji kosong, kalau tidak mampu ditunaikan. Kerana ingatan anak-anak lebih tajam dan kuat dan akan ingat sampai bila-bila berbanding orang dewasa. Itu janji dengan anak-anak.Bagi pasangan yang bercinta.Janji kekasih kep

Tak pe tak dapat :)

Assalamualaikum dan selamat pagi Alhamdulillah syukur, kita masih diberi kesempatan untuk bangun,bernafas,bersolat,makan dan menjalani kehidupan di dunia ini.Terima kasih Ya Allah.. Hari ini adalah hari Jumaat minggu pertama dalam bulan Oktober, semoga kita semua dilimpahi rahmat dan dilindungi oleh Yang Maha Esa.. Alhamdulillah, minggu ni saja ramai kawan blogger semua banyak menerima iklan Nuffnang sampai ada yang berderet 3,7,8. Tahniah semua. Yang tak dapat macam aku, jangan bersedih. Senyumlah..senyum pengubat segala duka dan kitalah yang menentukan sikap kita terhadap kehidupan sama ada positif ataupun negatif . Oleh yang demikian, ceriakan hari kita dengar sikap yang positif walaupun hanya perkara yang kecil :)    Salam Jumaat

Berusaha jadi diri sendiri

Berusahalah menjadi diri sendiri daripada berusaha meniru menjadi orang lain kerana ia akan membuatkan kita tidak bahagia. Manusia tidak lepas dari suka tiru cara dan gaya orang. Oleh itu carilah identiti dan kelebihan yang ada pada diri kita dengan berusaha menjadi yang terbaik untuk diri sendiri. Di situlah kekuatan yang tersembunyi yang menjadikan kita lebih maju dari orang lain.

Do all things with kindness

Salam petang semua.. Berbuat baiklah selalu kerana buat baik akan dibalas baik dan jangan sesekali berbuat jahat.. Berbuat baiklah sebanyak yang mungkin kerana kita tidak tahu bila masanya kita akan memerlukan pertolongan. Dalam kehidupan ini janganlah kita suka menindas,menganiayai, menzalimi orang lain walau apa cara sekalipun.Walaupun kita berpangkat,berjawatan tinggi dan dihormati. Sebabnya doa orang yang dizalimi ini dan teraniaya pasti dimakbulkan oleh Allah.Kita tidak tahu apakah yang didoakan, kalau baik maka baiklah yang kita dapat tapi kalau sebaliknya.. Berbuat baiklah sesama manusia,ganjarannya amat besar disisi Allah..

Life Lessons

Always end the day  with a positive thought  and a grateful heart...

Belajar dari kesilapan

Jangan takut mencuba Perkara baru dalam hidup kalau berjaya..kita bahagia Kalau gagal Kita akan lebih bijak sebab belajar dari kesilapan

Sabar je...

Ya bersabarlah walau apa pun dugaan datang..Hari ini memang menuntut kesabaran yang tinggi.Dengan keadaan internet yang lembab segala urusan kerja banyak yang tertangguh.Target nak siapkan hari ini juga..nampak gayanya kena lah sambung minggu depan..Sabar je lah..

Biarkan dendam berlalu pergi

Janganlah menyiksa diri kita dengan menyimpan perasaan dendam kepada seseorang.Kerana ia akan menghilangkan ketenangan jiwa,perselisihan,permusuhan,menjauhkan silaturrahim, menjadi seorang yang pemarah dan akan muncul penyakit hati yang lain seperti irihati,mengumpat,membohong,benci dan lain-lain. Jadilah insan yang mudah memaafkan orang lain dan melupakan kisah lama kerana ia adalah sifat yang mulia .InsyaAllah kita akan menjadi insan yang Hebat.

Melegakan Rasa Marah..

Ada orang marah dalam diam.Umpama api dalam sekam,membakar. Jika tidak dilepaskan bertukar menjadi dendam. Ada yang cepat marah dan cepat redanya. Seperti bom meletus dan padam tidak lama kemudiannya. Sekarang ini kalau beratur panjang, menunggu giliran di hospital atau klinik, ditambah lagi kalau ada yang memotong barisan padahal kita dah berjam-jam menunggu pastinya mengundang kemarahan.Pelbagai kata-kata kesat  yang enak didengari boleh terkeluar. Begitu juga semasa memandu kereta. Pantang ada kereta lain memotong atau membunyikan hon, tanpa berfikir panjang, laju sahaja mulut menghamburkan kata-kata kesat. Malah masyarakat sekarang sudah terbiasa menggunakan medium sosial seperti Facebook dan Whatsapp  untuk melepaskan kemarahan mereka kepada seseorang. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan boleh diikuti: Mengambil wuduk Banyakkan beristighfar Minum air Berdiam diri Ubah posisi Tarik nafas dalam-dalam Mengingatkan diri sendiri Fikirkan ses

Hargailah Ibu Kita

Pada suatu pagi,berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan yang mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang. Pengurus:"Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?" Gadis: "Tidak." pengurus :"Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?" Gadis:"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun dan ibu saya telah membayar semua yuran pegajian saya." Pengurus:"Ibu awak bekerja di mana?" Gadis:"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah." Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat

Bila Hati Tersentap !!!

Apahal pulak nak tersentap-sentap ni.Sikit-sikit nak tersentap.  Kau ni macam bagus je..Kalau kau cakap lagi aku left..Begitulah ayatnya orang yang menyentap dan tersentap... SENTAP..Apa maksud sentap? Mengikut Definisi Dewan Bahasa dan Pustaka Sentap ialah menarik dengan kuat. Bagi azlea sentap atau tersentap apabila kita rasa sakit hati, terasa dengan sindiran, nak marah tak tentu pasal ataupun terkejut dengan kenyataan seseorang. Orang yang kuat sentap ini terlalu emosi, sensitif dan tidak boleh menerima teguran walaupun teguran itu sekadar gurauan, terlalu mengikut perasaan dan kuat merajuk.  Macam mana nak berhadapan dengan orang yang kuat sentap ni ye? Bagi azlea, tak perlu dipujuk-pujuk. Biarkan saja, jangan dilayan.Nanti kita pula yang sakit hati. Kalau emosinya stabil dan fikirannya tenang, dia akan kembali seperti biasa. Bagi yang kategori kuat sentap janganlah terlalu emosi, berfikiran negatif dan mengikut perasaan. Ada masanya kita boleh merajuk

Kata-kata mutiara terindah buatmu

Assalamualaikum..di petang Jumaat yang mulia ini kutitipkan kata-kata mutiara untuk kalian semua untuk dijadikan pedoman.Semoga kalian sentiasa di lindungi yang Maha Esa.. Gambar hiasan ... "Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi.Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu." "Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur.Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat." "Hidup memerlukan pengorbanan.Pengorbanan memerlukan perjuangan.Perjuangan memerlukan ketabahan.Ketabahan memerlukan keyakinan.Keyakinan menentukan kejayaan.Kejayaan pula menentukan kebahagiaan." "Senyumanmu tidak memberi sebarang bebanan kepadamu tetapi memberi makna yang indah kepada seseorang." "Jangan sekali-kali kita meremehkan perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman."

Kisah Si Miskin dan Si Kaya

Assalamualaikum..tazkirah Jumaat... google Suatu hari ketika nabi Musa a.s sedang berehat di rumahnya, tiba-tiba dia didatangi seorang tetamu.Pakaian tetamu tersebut sangat lusuh berdebu,bahkan terdapat koyakkan serta tamplan pada pakaiannya. Kemudian tetamu tersebut memperkenalkan dirinya dengan berkata,"Wahai nabi Allah bukanlah tuan adalah kalamullah,bolehkah tuan menolongku? "Apa permintaan mu saudara?" bertanya nabi Musa a.s."Aku adalah seorang miskin,aku mohon tolong sampaikan kepada Allah permohonanku ini,agar menjadikan seorang yang kaya,"pinta si miskin. Nabi Musa a.s hanya tersenyum dan berkata kepada si miskin,"Saudaraku,banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah." Terkejut si miskin, dengan nada kesal dia menjawab,"Bagaimana aku mahu bersyukur,aku makan jarang, dan pakaian yang aku pakai ini hanya satu lembar sahaja."Akhirnya si miskin pun pulang dengan hampa tanpa mendapatkan apa yang diingininya. Beberapa k

Mulakan dengan Dirimu

Renungan untuk diriku dan semua, marilah kita berubah untuk kebaikan diri sendiri.Mulakanlah dengan perubahan yang positif  dan lakukan dengan sepenuh hati demi Allah dan untuk diri kita sendiri.. Pepatah arab ada mengatakan,berani mengejek itu mudah, berani berhujah itu mudah tetapi tidak ramai orang yang berani melihat kekurangan diri sendiri.Inilah kunci orang yang berjaya.. ~Azlea~

Sahabat untuk Selamanya

Dalam ramai-ramai kawan kita mesti ada yang perangai tah apa-apa.Tapi yang tah apa-apa tu lah ikhlas dalam persahabatan, memahami dan baik. Itulah penyeri persahabatan. Bagiku sahabat amat penting dalam resepi kehidupan.Tanpa sahabat diri terasa di sisihkan dan dipinggirkan. Sahabatlah tempat kita meluahkan perasaan kegembiraan,kekecewaan dan ketakutan. Sahabat baik sukar di cari.Sahabat baik tidak akan menceritakan keburukan dan kelemahan kepada orang lain.  Sahabat baik akan menegur dan membantu sahabatnya membaiki kepincangan pada diri sahabatnya.  Sebaik-baik sahabat adalah yang dapat membantu kita ke syurga bukan ke neraka.  Sahabat.. inginku luahkan Sepi bukan beerti Hilang...Diam bukan beerti Lupa..Jauh bukan beerti Putus..kerana ada satu ikatan yang tidak mungkin Putus iaitu  ~PERSAHABATAN~ Sahabat Sejati "Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik t

Rahsia Senyuman

Assalamualaikum buat rakan pembaca semua..Alangkah ruginya kalau kita terlepas  12 rahsia di sebalik senyuman.Tak percaya? Jom baca fakta ini: Dalam ajaran Islam,senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah.Sabda Rasulullah SAW."Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah,beramal makruf yang kalian lakukakan untuk   saudaranya juga sedekah,dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah."(HR Tirmizi dan Abu Dzar). Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabaitkan diafragma,abdomen,sistem pernafasan,muka,kaki dan otot belakang. Senyuman bukan sekadar reaksi terhadap sesuatu,malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorfin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri. Apabila kita senyum,sel pembunuh tumor dan virus semula jadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon protein melawan penyakit),sel T (yang penting untu

Kenapa Bertangguh?

Assalamualaikum..  Adakah kita ni jenis orang yang suka bertangguh?  Eee  malaslah, esoklah buat kerja ni; Lambat lagi ni..sempat lagi, belum masuk solat lagi; Esoklah telefon emak dan ayah; Tunggu kaya dululah, bolehlah bersedekah; Senang-senang nantilah datang melawat; Nak dietlah eee..tunggulah; Nak jogging pun bertangguh; dan bermacam-macam lagi penangguhan. Pernah tak apabila sampai je di office kita tergesa-gesa untuk menelefon  emak dan ayah kita bertanya khabar dan menyatakan rindunya kepada mereka? Mesti Pernahkan..So sweet... Gambar google Sifat suka bertangguh atau tabiat menunda sesuatu kerja,memang ada dalam diri kita.Apabila kita bertangguh sesuatu kerja, kita akan rasa tertekan kerana masa semakin suntuk dan kerja semakin menimbun. Akibatnya kesihatan juga terganggu.Pastinya kita menjadi orang yang gagal dalam kehidupan,kerjaya,akademik,kesihatan,kewangan,ibadah dan sebagainya. Cara mengatasinya : Buat senarai tugas 'TO DO LIST'; Kal