Skip to main content

Kisah Si Miskin dan Si Kaya

Assalamualaikum..tazkirah Jumaat...

google
Suatu hari ketika nabi Musa a.s sedang berehat di rumahnya, tiba-tiba dia didatangi seorang tetamu.Pakaian tetamu tersebut sangat lusuh berdebu,bahkan terdapat koyakkan serta tamplan pada pakaiannya. Kemudian tetamu tersebut memperkenalkan dirinya dengan berkata,"Wahai nabi Allah bukanlah tuan adalah kalamullah,bolehkah tuan menolongku?

"Apa permintaan mu saudara?" bertanya nabi Musa a.s."Aku adalah seorang miskin,aku mohon tolong sampaikan kepada Allah permohonanku ini,agar menjadikan seorang yang kaya,"pinta si miskin.

Nabi Musa a.s hanya tersenyum dan berkata kepada si miskin,"Saudaraku,banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah." Terkejut si miskin, dengan nada kesal dia menjawab,"Bagaimana aku mahu bersyukur,aku makan jarang, dan pakaian yang aku pakai ini hanya satu lembar sahaja."Akhirnya si miskin pun pulang dengan hampa tanpa mendapatkan apa yang diingininya.

Beberapa ketika kemudian,sekali Nabi Musa didatangani oleh tetamu saat dia sedang beristirahat di rumahnya.Kali ini tetamu yang datang berjumpa dengan berpakaian cantik dan kemas persis seorang kaya.Lalu bertanya Nabi Musa a.s."Siapakah gerangan saudara dan apakah yang engkau mahukan?'' Tetamu itu berkata,"Wahai nabi Allah, tolong sampaikan kepada Allah permohonanku ini.Jadikan aku seorang yang miskin kerana kehidupanku begitu terganggu dengan hartaku yang banyak."

Nabi Musa a.s pun tersenyum dan berkata,"Wahai saudaraku,janganlah engkau bersyukur kepada Allah." Pelik si kaya dengan jawapan nabi Musa lalu berkata,"Wahai kalamullah,bagaimana aku tidak bersyukur kepada Allah?Allah telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat.Telinga yang dengannya aku dapat mendengar,tangan yang dengannya aku dapat berkerja,dan kaki dengannya aku dapat berjalan.Bagaimana mungkin aku tidak mensyukuri-Nya."
Akhirnya si kaya tadi pulang ke rumah dalam keadaaan hampa kerana baginda tidak sudi membantunya.

Kemudian apa yang terjadi, si kaya menjadi bertambah kaya kerana ia selalu bersyukur kepada Allah s.w.t.Sebaliknya si miskin menjadi bertambah miskin.Allah s.w.t telah mengambil semua kenikmatannya sehingga si miskin tidak memiliki selembar pakaian pun melekat di tubuhnya.

Ini semua balasan kerana kerana tidak mahu bersyukur kepada Allah s.w.t.Bukankah Allah telah berfirman dalam surah ibrahim ayat 7,"Sesungguhnya jika kamu bersyukur Kami pasti akan menambah(nikmat) kepadamu,dan jika kamu mengingkari(nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."

Pengajaran : Bersyukurlah kita kepada Allah yang maha pengasih dan penyayang walau dalam keadaan sekalipun..Al-hamdulillah...

Sumber:Majalah Al-Islam (Januari 2014)

Comments

  1. perkongsian yang menginsafkan.... sentiasa bersyukur...

    ReplyDelete
  2. thanks kak..menarik sungguh perkongsian ni..sgt bermaksa..semoga kita sama2 bersyukur dgn apa yg kita miliki..

    ReplyDelete
  3. nice story.. perkongsian yg baik.. smoga kita sama2 dapat ambil pengajaran..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...