Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

Lagu Pilihan Nasyid

Assalamualaikum.. Kembali bersiaran selepas penat bekerja.So hari ini kita dengar lagu kegemaran aina dan anis. Lagu nasyid Rasulullah dari kumpulan Hijaz.Diorang berdua memang suka sangat lagu ni.Lebih-lebih lagi anis memang hafal lagu ni. Sebenarnya banyak lagi pilihan lagu nasyid yang aku memang suka.Antaranya Raihan,Inteam,Rabani dll. Album pertama Puji-Pujian dari kumpulan nasyid Raihan memang wajib ada  dalam kereta.Senang,kalau dah bosan dengar lagu yang radio putarkan, kita dengar lagu nasyid. Rasa tenang, aman dan sejuk je hati. Aku memang penggemar irama nasyid sejak sekolah dulu. Lagipun lagu nasyid banyak membawa mesej dan nasihat yang disampaikan.Lirik lagunya mengajak kita kearah kebaikan dan melodinya boleh membawa ketenangan jiwa. Semoga lagu nasyid tetap menjadi pilihan dan menjadi lagu evergreen pada masa akan datang. -tamat- 

Guardian Walkathon 2014 : Walk For A Cause

Kali pertama aku dengar  Guardian Walkathon 2014-Walk For A Cause . Itu pun waktu lunch aku ke Guardian nak beli Johnson's Baby oil untuk aina. Nanti tak beli bising pula aina, sebab dah berjani.Janji mesti ditepati. Cashier Guardian tunjukkan aku risalah Walkathon 2014 sebab resit belian melebihi RM20.00. Picture kredit to Guardian Malaysia Facebook Wow!!! Menarik  event ini.  Yang berminat tu bolehlah support dan jadikan sebagai aktiviti family.. Tahun ini Walkathon 2014 akan diadakan di Taman Wetland, Putrajaya pada 19 Oktober 2014 (Ahad) ini. Masa: 7.00pagi Harga Tiket:  RM25* (Dewasa) setiap kemasukan                      RM15* (Kanak-kanak) setiap kemasukan                      RM15* (Ahli Kad Gold Privilege) setiap kemasukan Kategori acara : 3km Fun Walk,5 km Fun Walk & Corporate mascot Dash (100m) Cabaran Kostum :P eserta yang berjalan dengan kostum paling menyerlah berpeluang memenangi baucar Guardian dan hamper bernilai. Hadiah Pertama :RM500  Hadia

Kenduri Kahwin Cik Mokk..

Alhamdulillah..hari ni ada masa nak update entry..bila ada masa tu maknanya bolehlah berjalan-jalan dan membalas komen yang ditinggalkan rakan blogger sekalian..sayang korang..hehehe.. Dua minggu yang lepas memang hari yang padat dengan tugas-tugas hakiki.Sampai rumah sambung pula dengan kerja rumah.Memang masa aku padat dengan melayan telatah aina dan anis. So untuk mengupdate apa-apa entry pun terbatas. Hari ni sempatlah nak berkongsi cerita semalam kami menghadiri kenduri kahwin di Senawang,Negeri Sembilan. Planning nak sampai awal tapi sampai lewat juga.Mana taknya berpusing-pusing mencari rumah pengantin lelaki.Geram pun ada.Ingatnya aku dan suami tak pandai tengok peta..Tapi di sebaliknya...Peta lokasi tak lengkap sangat..huhuhu.. Kami sampai di sana pun jam 1.30 petang.Perut pun dah berkeroncong.Apa lagi makanlah..Alhamdulillah..kenyang.. Yang penting selamat sampai di sana..Buat Shahril dan Rizq..Tahniah dan Selamat Pengantin Baru .Selamat menempuh alam perkah

CPUV:Sime Darby LPGA 2014

Alhamdulillah ada juga rezeki blog chenachenis mendapat CPUV baru daripada  Sime Darby LPGA 2014 di akhir bulan September ini.. Terima kasih  Nuffnang  .

Daun bawang hidroponik sentuhan Anis

Inilah daun bawang hidroponik hasil sentuhan jari jemari anis.. Sampai di rumah, anis dengan bangganya menunjukkan daun bawangnya.. Mama, daun bawang anis..Cikgu Ana kata boleh campur dengan cekodok tepung.. Aku pula, rajin pula cikgu anis menanam ye.. Ni..anis yang tanam lah..kawan-kawan semua ada daun bawang.. Patutlah anis ada minta botol kosong hari tu..Ingatnya nak buat deco-deco ke..rupanya nak buat bekas tanaman.

Bila Rindu Datang Lagi..

Assalamualaikum.. Bila rindu datang lagi aku suka tatap gambar anak-anak masa kecil dan menonton kembali video yang dirakam.Cepat betul masa berlalu..dah besar rupanya anak kesayangan mama dan papa. Setiap gambar yang diambil dan video yang dirakam ada cerita suka duka. Tiap gambar ada kenangan kami..Seronok dan gembira bila melihat gelagat aina dan anis semasa kecil dari lahir hinggalah kini. Hinggakan aina dan anis pada mulanya tak percaya bahawa video yang dirakam adalah mereka berdua. Aku rasa bukan aku saja yang suka merakam aksi anak-anak untuk tatapan dan kenangan.Malah ramai lagi..Bagi aku setiap gambar ada kenangan dan momen tersendiri.Abadikan lah untuk tatapan dan kenang-kenangan kita kelak walaupun hanya sekeping gambar.

Bila dah pegang microphone..

Assalamualaikum.. Aksi dua beradik bila dapat pegang microphone. Berkaraoke nak pecah rumah dibuatnya..Inilah busy nya aku melayan aina dan anis di rumah sepanjang aku bercuti dan cuti sekolah minggu lepas.Tak sempat nak update di sini..Busy lah sangat katakan..Blog pun sepi.. Vid kurang memuaskan Set Super Professional Dual Microphone  ini rupanya dah lama sangat kami simpan sampai terlupa.Rasanya dah 6 tahun.Alhamdulillah masih berfungsi.Boleh lah diganti dengan mic yang rosak sebelum ini.  Inilah hasilnya gara-gara  Plan Mengemas  aku last week. Berbaloi juga lah.

The Liebster Award

Terima kasih   budak   sudi tag akak . Untuk tidak menghampakan budak akak jawab soalan- soalannya dari hati yang ikhlas:- 1. Pasukan bola sepak pilihan anda. Terengganu,Liverpool 2. Lagu patriotik kesukaan anda. Saya Anak Malaysia-Dr Sam.  Masa sekolah rendah nyanyi lagu ni masa senam aerobik. 3. Berikan nama negeri yang anda sedang duduki dan berapa buah daerah yang terdapat di dalam negeri tersebut. Selangor dan 9 buah daerah. 4. Asam pedas berasal dari negeri mana?  Melaka. Memang sedap. 5. Dalam banyak-banyak pantun, pantun apa yang paling anda sukai? Pantun seloka 6. Kalau celup stoking putih dalam air yang berwarna merah, stoking jadi apa? Mestilah stoking basah . 7. Apa yang anda faham tentang "buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan". kenapa cempedak tu mesti diluar pagar kan..orang yang jolokkan mesti pendek kot.. 8. Dalam banyak-banyak negara, ne

CPUV : RWG Ice Age Adventure

Alhamdulillah rezeki di bulan September. Dapat lagi CPUV daripada RWG Ice Age Adventure. Terima kasih  Nuffnang   dan pihak penaja.  Klik di sini untuk maklumat

Bawa apron comel

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Disebabkan aina dan anis nak sangat berjumpa dengan umi dan ayah minggu lepas, papa aina pilih ke dua-dua Plan .Plan bersihkan rumah dan jumpa umi.. Seronok bukan main.Tapi tunggu mama dan papa bersihkan rumah dulu lah ye..Kalau tak, tak boleh keluar. Keluar pun dah petang dan sampai sana pun dah nak maghrib.Perjalanan ke sana mengambil masa selama satu (1) jam setengah. Rupa-rupanya ada cerita di sebalik itu, aina dan anis tanpa pengetahuan aku, telah bawa Apron  masing-masing sebelum keluar rumah. Nak ambik order dengan umi katanya. Pelawaan kami berdua nak ke Aeon, Taman Equine pun diorang tak endahkan.Boleh cakap, "mama, papa..pergilah, kitorang nak jaga kedai sekejap..Ehhh..buat macam kedai sendiri.  Macam-macam lah budak berdua ni. Umi dan ayah layan je karenah budak berdua ni. Balik pun dah lewat..Janji diorang berdua happy..Itu pun anis dah buat muka sedih depan aku.."mama boleh tak anis tidur dengan um

Yang Mana Pilihan Hati..

Aina dah senaraikan apa aktiviti untuk dilakukan hujung minggu ini. Almaklumlah kami berdua cuti dan cuti sekolah dah pun bermula. Macam-macam aina dah plan untuk kami.  First nak breakfast di luar, makan roti canai katanya. Lepas makan roti canai, nak main   bowling . Kakak tak puas hati sebab kalah dengan adik, katanya.Then tengok wayang.Selepas tengok wayang kita jumpa umi dan ayah di Restoran Melima.  Then kita balik... Padahal aku pun ada plan sendiri dan plan ini dah pun dipersetujui oleh papa aina sebelum ini. Apalagi kemas rumah lah..Rumah kena dibersihkan setiap minggu. Nak pergi berjalan memang tak ada dalam plan ku ini. So plan mana nak ikut. Plan aku ke plan aina ni? Tapi aku dah tahu jawapannya mesti papa aina pilih plan aina. kompem...Tapi tunggu je lah ye.. Yang Mana Pilihan Hati.. Ni picture 2 minggu lepas masa jumpa umi dan ayah.. Seronok betul mereka berdua.Kalaulah umi masih jaga aina dan anis, pasti diorang berdua nak tolong umi dan ayah

CPUV Nuffnang : RMK Autumn/Wrinter 2014

Alhamdulillah rezeki di pagi Jumaat. Setelah menyepi seketika, hari ini CPUV Nuffnang muncul juga di blog chenachenis untuk iklan RMK Autumn/Winter 2014. Syukur.. Terima kasih yang selalu singgah dan baca blog  chenachenis ,beri komen dan klik iklan.Allah sahaja yang balas kebaikan anda semua. Terima kasih  Nuffnang  juga.

Mutiara Kehidupan

"Teman yang paling baik  adalah apabila kamu melihat wajahnya Kamu teringat akan Allah Mendengar kata-katanya, menambahkan ilmu agama Melihat gerak gerinya teringat mati" ( Hadis Riwayat Muslim) Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Kebenaran membawa ketenangan  Sedangkan dusta menimbulkan keraguan." (Hadis riwayat at-Tirmidzi) Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Lihatlah kepada orang yang berada di bawah  dan janganlah melihat orang yang di atas Kerana hal yang demikian lebih patut agar kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang telah diberikan kepada kamu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) "Semua penulis akan mati Hanya karyanya akan Terus abadi Maka tulislah sesuatu yang akan membahagiakan dirimu di akhirat nanti." (Ibnu Sina) Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua..

Perkembangan Fesyen Tudung Kini

Amboi-amboi ke main anis menggayakan shawl barunya.Sukalah dia bila papanya belikan tudung shawl untuknya.Aina mula-mula tak nak, pas tu beria-ia nak tudung purple. Bergaya sakanlah anis dan aina nanti  ye.. Sekarang ini pun kanak-kanak pun boleh bergaya macam orang dewasa.Jangan tak tahu kan.Mak bergaya, anak pun sama bergaya. Bercerita pasal fesyen tudung d Malaysia, sekarang ini fesyen tudung sudah mengalami revolusi dan ianya lebih komersial . Macam-macam stail tudung sekarang dan banyak kedai   tudung online tumbuh bak cendawan. Harganya  pula tentulah berbeza mengikut kualiti dan jenis kain yang digunakan. Jangan susah hati tutorial cara nak menggayakan tudung pun banyak di internet.Tapi bagi aku keselesaan dan mudah dipakai amat penting selain mengikut trend masa kini . Kalau kita perhatikan, fesyen tudung di Malaysia sekarang mengikut musim. Aku ingat lagi ada satu masanya Tudung Bawal mendapat tempat di hati, kemudian apabila Tudung Sarung dan berawning

Hargailah insan tersayang

Assalamualaikum.. Hargailah insan-insan yang tersayang yang masih ada di sisimu..

Berusaha jadi diri sendiri

Berusahalah menjadi diri sendiri daripada berusaha meniru menjadi orang lain kerana ia akan membuatkan kita tidak bahagia. Manusia tidak lepas dari suka tiru cara dan gaya orang. Oleh itu carilah identiti dan kelebihan yang ada pada diri kita dengan berusaha menjadi yang terbaik untuk diri sendiri. Di situlah kekuatan yang tersembunyi yang menjadikan kita lebih maju dari orang lain.

Do all things with kindness

Salam petang semua.. Berbuat baiklah selalu kerana buat baik akan dibalas baik dan jangan sesekali berbuat jahat.. Berbuat baiklah sebanyak yang mungkin kerana kita tidak tahu bila masanya kita akan memerlukan pertolongan. Dalam kehidupan ini janganlah kita suka menindas,menganiayai, menzalimi orang lain walau apa cara sekalipun.Walaupun kita berpangkat,berjawatan tinggi dan dihormati. Sebabnya doa orang yang dizalimi ini dan teraniaya pasti dimakbulkan oleh Allah.Kita tidak tahu apakah yang didoakan, kalau baik maka baiklah yang kita dapat tapi kalau sebaliknya.. Berbuat baiklah sesama manusia,ganjarannya amat besar disisi Allah..

Loom Band-Gelang Getah yang cantik

Haiih..baru je belek-belek Loom Band hari tu di kedai.Aina katanya berkenan dengan Loom Band iaitu Gelang Getah yang tengah hot dan jadi kegilaan kanak-kanak dan remaja sekarang di seluruh dunia. Tapi aku tangguhkan hasrat nak beli pada masa tu. Menarik dan cantik gelang getah ni..Mak-mak pun terpesona apatah anak kecil kan. Kita boleh rujuk di Youtube kalau nak buat macam-macam design. Harganya pun berpatutan.Boleh dijadikan hadiah kepada kawan-kawan dan sebagai tanda persahabatan. Namun disebalik kecantikan loom band ini, ianya mengandungi  phthalates dan  Loom Band ini telah ditarik balik penjualannya di Britain. Terkejut juga baca artikel tersebut. Phthalates ialah bahan kimia karsinogenik yang boleh mengganggu hormon ,digunakan untuk meningkatkan fleksibiliti dan meningkatkan pelbagai ciri-ciri lain plastik. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula, tidak bercadang untuk mengharamkan penggunaan Loom Band ini.  Namun Ibu bapa dinasiha

Life Lessons

Always end the day  with a positive thought  and a grateful heart...

Hobi kumpul Superhero Lego

Aku memang tak perasan kiosk kecil di Summit USJ Mall menjual watak kartun superhero lego yang menjadi kegemaran kanak-kanak malah orang dewasa pun teruja mengumpul koleksi ini.Padahal tiap-tiap hari aku melalui kedai ini kalau nak ke Giant. Papa aina dan anis yang perasan.Apa lagi suka hatilah budak berdua ni bila papa nya belikan lego untuk nya.Anis seperti biasa ye..suka yang princess you.. Ini dia..sila lihat picture di bawah. Setakat ini dah kumpul 3 watak superhero iaitu: Iron Man Cat Woman Captain America Sedang mencari watak lain seperti Spiderman,Batman dan lain-lain nanti.. Harga tak mahal pun.Ini je yang mampu di beli.Alhamdulillah..Tapi kalau dikumpul pastinya cecah ratus jugalah.Nak beli yang harga beratus 1 set lego memang tak mampu. Tengah menaip ni terfikir nak pinjam anis punya letak di dekstop office pun cantik juga..Mesti anis marah.. Jangan tertipu ye..kotak lambang frozen tapi bukan patung elsa dan anna pun..

SEGMEN : Bloglist Untuk Kawan-Kawan Yang Kita Suka

Assalamualaikum.. Jom ramai-ramai join segmen ini.Klik banner di bawah.. Kategori bloglist : Kakak(before 1990)

Kegagalan

Jangan takut kegagalan

Mamak Cupcake

Assalamualaikum dan selamat petang... Selesai main bowling  (Ahad-31 Ogos 2014) ,kami menonton wayang filem Mamak Cupcake..Tiket memang dah beli awal-awal, terus kitorang masuk panggung. kredit:google Bagi aku filem ini sesuai lah ditonton bersama family,santai dan ada unsur-unsur komedi dan romantik.Memang kelakar bila Sahiezy Sam bercakap loghat mamak..Yelah tak kan nak bercakap bahasa melayu, padahal dalam filem ini, Mohamad Jamaludin(MJ) lakonan Sahiezy Sam telah dihantar oleh ayahnya ke India selama 10 tahun untuk belajar selok perniagaan Nasi Kandar.Manakala abangnya lakonan Azad belajar di USA yang meminati muzik hip hop. Filem ini mengisahkan Mohamad Jamaludin (MJ) yang beketurunan Mamak mempunyai konflik minat dan matlamat hidup yang berbeza di mana beliau amat meminati pembuatan cupcake.Malangnya hasrat dan cita-cita terhalang kerana bapanya mahu MJ mewarisi perniagaan Nasi Kandar. Sehinggalah beliau telah berjumpa dengan Juliana lakonan Siti Saleha semasa

Suka-suka main Bowling

Assalamualaikum.. Cerita suka suki main bowling di Summit USJ Superbowl.. Ini kali kedua aina dan anis main bowling di sini..Seronok sungguh diorang.. Mana tak nya..pagar di kiri kanan longkang dinaikkan..Bestlah main..kalau tak asyik masuk longkang je.. Aina dah ada style baling bola bowling..Anis pula golek je bola tu..hehehe.. Anis dapat kalahkan Aina..Mata beza 2 sahaja..Aina tak puas hati sebab dapat dikalahkan oleh adiknya..Komplen pula mama main ngelat.. tak adil sebab pagar naik..jangan marah ye sayang mama..Nanti kita main lagi ye.. Selfie dari kami berempat sebelum bertolak ke Summit USJ..