Skip to main content

Bawa apron comel

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Disebabkan aina dan anis nak sangat berjumpa dengan umi dan ayah minggu lepas, papa aina pilih ke dua-dua Plan.Plan bersihkan rumah dan jumpa umi..

Seronok bukan main.Tapi tunggu mama dan papa bersihkan rumah dulu lah ye..Kalau tak, tak boleh keluar.

Keluar pun dah petang dan sampai sana pun dah nak maghrib.Perjalanan ke sana mengambil masa selama satu (1) jam setengah.

Rupa-rupanya ada cerita di sebalik itu, aina dan anis tanpa pengetahuan aku, telah bawa Apron masing-masing sebelum keluar rumah. Nak ambik order dengan umi katanya.
apron bundle

Pelawaan kami berdua nak ke Aeon, Taman Equine pun diorang tak endahkan.Boleh cakap, "mama, papa..pergilah, kitorang nak jaga kedai sekejap..Ehhh..buat macam kedai sendiri. Macam-macam lah budak berdua ni. Umi dan ayah layan je karenah budak berdua ni.

Balik pun dah lewat..Janji diorang berdua happy..Itu pun anis dah buat muka sedih depan aku.."mama boleh tak anis tidur dengan umi, lepas ni.. Nanti kita datang lagi kan..Aku (boleh, bila mama dan papa cuti)..



















Comments

  1. hehe. pandai dorang ye main sorok apron. kang besar nak jadi bisnes women :)

    saya tag akak. kalo free boleh jawab. hehe

    http://rainfallasleep.blogspot.com/2014/09/the-liebster-award-by-budak.html

    ReplyDelete
  2. dah lama x pergi aeon tmn equine . dah biasa gi giant jer .

    ReplyDelete
  3. Haha..dia ingat main pondok2 agaknye. :D
    Bolehlah pasni akak bukak peniagaan kafe di bantu oleh, Aina ngan Anis. Hik3

    ReplyDelete
  4. Sesuai sgt apron tu... comel.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...