Alhamdulillah..selesai urusan pendaftaran Sekolah Rendah Agama (SRA) Anis tahun hadapan. Borang sekolah rendah agama telah pun AB serahkan kepada kerani sekolah tersebut semasa menghantar kakaknya Aina ke sekolah. Apa yang perlu dihantar adalah Borang Pendaftaran yang telah lengkap diisi, berserta dengan salinan surat beranak, salinan IC ibu dan bapa,2 keping gambar,2 keping sampul surat dan 2 keping setem. Alhamdulillah senang urusan hari ini. Lagipun AB tidak suka mendaftar di saat akhir. Walaupun pendaftaran bila-bila masa sahaja. Jika penuh tak boleh nak daftar di sekolah tersebut. Sekolah Rendah Agama di Selangor ini di bawah urusan Jabatan Agama Islam negeri Selangor (JAIS). Anak-anak akan belajar Hafazan, Fekah,Tauhid,Jawi,Bahasa Arab,Tajwid,Al-Quran dan lain-lain serta mendapat pinjaman buku teks. Yuran pula akan dibayar semasa pendaftaran sekolah tahun hadapan. Yang paling penting anak-anak mendapat pendidikan agama seawal yang mungkin.Maklumlah ilmu agama pu...