Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Beli Rumah

DAH DAPAT KUNCI RUMAH

Akhirnya...kunci yang dinantikan telah pun kami terima semalam. Weeeee. Penantian selama 2 tahun 1/2 bulan yang begitu lama bagi AB.Namun segala urusan berjalan dengan lancar semalam semasa penyerahan kunci. Alhamdulillah ganti rugi kelewatan menyiapkan rumah pun telah diberikan oleh pemaju dan Sijil layak menduduki rumah pun telah di terima .Oleh itu  tidak perlu risau lagi.  Dah dapat kunci ni..of coz lah kita mesti tengok rumah dan kesan segala kecacatan (defect) yang ada. Bermula dari pagar rumah hinggalah ke belakang rumah. Ini termasuk keretakan pada dinding, jubin, air ,elektrik,bumbung,atap,tangki air, toilet dan lain-lain. Segalanya mesti dicatat dan buat salinan defect untuk simpanan sebelum menyerahkan aduan kepada pemaju. InsyaAllah di lain entri AB akan kongsikan dengan lebih detail apa yang perlu dilakukan selepas menerima kunci daripada pemaju. Artikel berkaitan: Pengalaman beli rumah dari Developer Surat Serahan Milikan Kosong

MINGGU TERAKHIR DI BULAN JANUARI YANG MENGGEMBIRAKAN!!

Salam Februari. Pejam celik kita dah masuk bulan Februari. Rasa baru sangat sambut tahun baru. Macam tak percaya. Selepas beberapa hari  senyap seketika dari dunia blog, banyak yang AB ingin ceritakan dan kongsikan di sini.  Ke Hospital Serdang Last week adalah hari yang paling busy bagi diri AB.Last thursday, AB telah menghantar bonda tercinta mendapat rawatan fisioterapi di Hospital Serdang. Bonda AB telah disahkan mendapat penyakit osteoarthiristis di lutut kanannya dan hari yang sama bonda perlu ke klinik Ortopedik untuk mendapatkan suntikan Althromac.Bukan itu sahaja bonda menghidap acute gout,kencing manis dan darah tinggi. Semoga dengan suntikan ini bonda dapat berjalan seperti biasa.InsyaAllah,bonda perlu semangat dan pasti dengan sokongan kami adik beradik dan anak menantu, bonda boleh berjalan semua. Surat Serahan Milikan Kosong Bila surat sampai di rumah dan tertera alamat dari pihak pemaju, hati ini berbunga dan berteka teki.Adakah ini surat serahan pe...

Pengalaman beli rumah dari developer

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Membeli rumah merupakan satu komitmen yang besar kerana kita haruslah bersedia dari segi kewangan untuk membeli rumah.Apabila kita membeli rumah bayaran balik setiap bulan akan menjadi keutamaan manakala perbelanjaan lain mestilah dikurangkan. Pastikan kita mampu untuk memperuntukkan satu pertiga daripada wang kita untuk membuat bayaran balik secara bulanan pinjaman yang dibuat. Pengalaman membeli rumah memang meletihkan apatah menunggu rumah baru siap sepenuhnya. Ini pengalaman aku membeli rumah baru dari pemaju 2 tahun lepas akan saya kongsikan disini. Aspek penting Sebelum membeli rumah beberapa aspek penting perlu dititikberatkan.  Antaranya lokasi perumahan kerana lokasi perumahan akan mempengaruhi harga dan nilai tanah. Memandangkan aku memang dilahirkan di Hulu Selangor dan sekarang ni banyak projek perumahan rumah di sana sudah tentulah aku tidak melepaskan peluang membeli rumah di kampung halaman ku. Lagipun berdekata...