MINGGU TERAKHIR DI BULAN JANUARI YANG MENGGEMBIRAKAN!!

Salam Februari. Pejam celik kita dah masuk bulan Februari. Rasa baru sangat sambut tahun baru. Macam tak percaya. Selepas beberapa hari  senyap seketika dari dunia blog, banyak yang AB ingin ceritakan dan kongsikan di sini. 

Ke Hospital Serdang
Last week adalah hari yang paling busy bagi diri AB.Last thursday, AB telah menghantar bonda tercinta mendapat rawatan fisioterapi di Hospital Serdang. Bonda AB telah disahkan mendapat penyakit osteoarthiristis di lutut kanannya dan hari yang sama bonda perlu ke klinik Ortopedik untuk mendapatkan suntikan Althromac.Bukan itu sahaja bonda menghidap acute gout,kencing manis dan darah tinggi. Semoga dengan suntikan ini bonda dapat berjalan seperti biasa.InsyaAllah,bonda perlu semangat dan pasti dengan sokongan kami adik beradik dan anak menantu, bonda boleh berjalan semua.

Surat Serahan Milikan Kosong
Bila surat sampai di rumah dan tertera alamat dari pihak pemaju, hati ini berbunga dan berteka teki.Adakah ini surat serahan pemilikan kosong dan serahan kunci.?YESSS..memang benar.Tapi penerangan surat ini buat AB dan suami rasa tidak puas hati. Dah lah lewat mendiami rumah ini, kena pula bayar certain amount dan perlu dijelaskan padahal segala bayaran termasuk cukai pintu,cagaran air dan elektrik,cukai tanah telah pun dibayar. Lagipun bermula Februari ini, kami dah pun perlu membayar bayaran penuh kepada Public Bank Islamic.

Sebenarnya rumah yang AB beli daripada pemaju sepatutnya boleh didiami pada bulan Jun 2014. Entah macam mana rumah ini lambat diserahkan dan lewat 6 bulan (180 hari). Setelah mendapat penerangan daripada pegawai pemaju perumahan dan berkenaan dengan CF rumah dan bayaran kelewatan yang perlu dibayar oleh pemaju, kami berdua puas hati. Surat serahan pengambilan kunci rumah akan menyusul lagi 2 minggu. Moga Allah mudahkan urusan kami pada hari itu.

Secret Recipe
Walaupun tak banyak bak kata en.suami daripada tak dapat langsung..bersyukurlah apa yang kita dapat dan jangan kita bandingkan dengan orang lain.Alhamdulillah dapatlah tengahari semalam aina dan anis makan di Secret Recipe. Kami jarang sangat makan di situ, kalau teringin sahaja dan kebetulan pula AB dan suami parking di hadapan Secret Recipe. Kata anis..dah lama kita tak makan di sini mama.Aina pula, kakak nak makan kek lah.Ok.Hari ini mama belanja makan di sini ye..Yeaa..sorak aina dan anis.

Aina seperti biasa mesti order kek kegemarannya indulgance sahaja lagipun aina dah pun makan di sekolahnya kerana pagi itu aina menghadiri kursus kepimpinan di sekolahnya. Anis macam lepas geram je..order  Chicken Parmigiana. Papa aina order set lunch. Total RM62.05.

Puas hati bila dapat belanja anak-anak dan suami.



Comments

  1. Tahniah buat AB sekeluarga atas rumah baru tu ye... :)

    ReplyDelete
  2. Moga mak akak diberi kesihatan yg baik. In Sha Allah. Sy pun suka kek indulgence. Lama gila xmakan SR :')

    ReplyDelete
  3. Moga bonda AB dapat berjalan semula...

    Besnya nak masuk rumah baru...noe tak pernah makan kt secret recipe...beli kek je biasa...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bila Hati Tersentap !!!

DIY BOTOL PLASTIK