Skip to main content

Bahagianya mereka..

Bahagianya mereka..
Bermain tak kira masa.Itu memang hak mereka. Dunia mereka lebih ceria dan penuh dengan gelak tawa. 


Zaman kanak-kanak indah


Ingin rasanya kembali kepada zaman kanak-kanak yang indah.Zaman kanak-kanak yang hebat.Melihat gelagat mereka AB tersenyum."Dulu aku pun seperti mereka.

Bezanya zaman kita gunakan apa yang ada di sekeliling rumah untuk dijadikan bahan-bahan mainan. Bila time makan, kita makan then kita sambung balik bermain. Dah puas bermain masak-masak, bermain getah, congkak dan bermacam-macam lagi permainan.

Mereka akan meningkat dewasa dan kita semakin tua. Pasti zaman kanak-kanak mereka akan menjadi kenangan buat mereka.

Moga anak-anak menjadi orang dewasa yang cemerlang dunia dan akhirat.

Comments

  1. Aamiin... seronok tengok.. mcm berkelah.. Salam ceria selalu AB.. :)

    ReplyDelete
  2. teringat iklan milo dulu2.. yg ada budak2 cakap "hak bermain hak kami".. hehehe

    ReplyDelete
  3. Zaman kanak2 kite dulu xsama dgn zaman kanak2 skrg kan kak :)

    ReplyDelete
  4. meriah nampaknya... rindunya zaman kanak2 kan...tak payah nak fikir sangat hal2 dunia ni...fikir main n makan je

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...