Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

Sahabat untuk Selamanya

Dalam ramai-ramai kawan kita mesti ada yang perangai tah apa-apa.Tapi yang tah apa-apa tu lah ikhlas dalam persahabatan, memahami dan baik. Itulah penyeri persahabatan. Bagiku sahabat amat penting dalam resepi kehidupan.Tanpa sahabat diri terasa di sisihkan dan dipinggirkan. Sahabatlah tempat kita meluahkan perasaan kegembiraan,kekecewaan dan ketakutan. Sahabat baik sukar di cari.Sahabat baik tidak akan menceritakan keburukan dan kelemahan kepada orang lain.  Sahabat baik akan menegur dan membantu sahabatnya membaiki kepincangan pada diri sahabatnya.  Sebaik-baik sahabat adalah yang dapat membantu kita ke syurga bukan ke neraka.  Sahabat.. inginku luahkan Sepi bukan beerti Hilang...Diam bukan beerti Lupa..Jauh bukan beerti Putus..kerana ada satu ikatan yang tidak mungkin Putus iaitu  ~PERSAHABATAN~ Sahabat Sejati "Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik t

AINA DAN BOLA JARING (PART 3)

Berakhir sudah Hari Potensi Kemas Peringkat Kebangsaan 2013 di UiTM Cawangan Merbok , Kedah pada 7-9 November 2013 yang lalu .Masih lagi terasa kemeriahan..Tahniah buat pasukan bola jaring Kemas Selangor kerana berjaya mendapat tempat ke 3.Alhamdulillah..juara keseluruhan berpihak kepada Selangor. Jom kita layan gambar yang diambil sepanjang Aina berkampung selama 3 hari 2 malam di Kedah.. Aina  Anak manis semua...1 2 3 klik berebut nak tangkap bola... Apalah yang diperkatakan oleh cikgu Aishah tu... First game  8/11/2013 Selangor vs Wilayah (10-8) Separuh Akhir 9/11/2013- Selangor Vs Negeri Sembilan (7-9) Bergambar lagi walaupun dapat tempat ke 3. 9/11/2013 (Selangor vs Johor) Biasalah adat pertandingan ada yang menang dan kalah.. Hai.. pandang apa kat bawah tu ..Aina n Yasmin.. Mira buat ape tu?? Gembiranya lepas ni tak ada game - Bella,Ina,Nada. Ehh..mana Nely,Dayang dan Mardiah dan Damia..opss tak  ade dalam gambar..  Yeaaa dapat Sijil,Medal,b

Hari terakhir di Tabika Kemas

Mengimbas kembali 2 tahun yang lepas, anak yang didukung di hadapan kelas dan menangis itulah membawa namanya dan cikgunya ke peringkat kebangsaan 2013.Sebak rasanya bila mendengar ucapan cikgu Ana "inilah kali pertama terpilih ke peringkat kebangsaan".Bukan senang tanpa komitmen yang tinggi.Tahniah buat Aina . 13 November 2013 telah diadakan majlis akhir tahun Tabika Kemas 1 Ulu Yam Baharu, majlis kejayaan pasukan bola jaring terutama Aina yang telah terpilih ke peringkat kebangsaan pada hari Potensi Kemas Kebangsaan 2013 (7-9 November 2013) lalu  dan majlis hari lahir juga..Seronok sangat Aina dan kawan-kawan lain semuanya dapat hadiah dari Cikgu Ana. Hari terakhir Aina di Tabika... Persembahan Aina n friends dihadapan parents. Aina tiada dalam persembahan pada hari graduasi 7 Nov 2013 yg lalu. Tapi masih lagi ingat step2 yang diajar oleh Cikgu Ana.. Nanti jangan lupa bawa bekal tau pergi sekolah.. Ehh siapa tu yang beri hadiah..En suami jadi bidan

Salam Maal Hijrah 1435H

Salam Maal Hijrah 1435H  Semoga hijrah kali ini menjadikan kita Muslim yang cemerlang di dunia dan di akhirat.Hijrahkan diri kita kepada kebaikan, semoga beroleh keberkatan dan kebahagian daripada Allah SWT...

Hadiah yang lebih baik

Secara realitinya, sebahagian daripada kita tidak bertemu dengan jodoh dengan cinta pertama kita.Kita juga mungkin tidak bertemu jodoh dengan orang yang minat dengan kita.Tetapi..mungkin akhirnya kita bertemu jodoh dengan seseorang yang tidak kita sangka. Apa yang penting, bukanlah pertama ataupun orang yang kita suka, yang penting adalah orang yang sesuai dan baik untuk kita. gambar google Izinkan Azlea berkongsi kata-kata hikmah ini yang amat menyentuh hati ketika membacanya: Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita menjadi penilai yang baik. Memang sengaja Allah menemukan kita dengan orang salah supaya kita sedar yang kita hanya makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik,khas untuk diri kita. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar Allah Maha Pemurah dan Penyayang kerana meng