Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2015

MANDI LAUT DAN KOLAM

Percutian kali ini di teruskan ke Port Dickson pula. Mandi laut lah..Selagi tak sampai Port Dickson, selagi tu lah aina dan anis bising di dalam kereta. Kali ini kami check in di Ancasa Residence Port Dickson.  Berbeza sebelum ini biasanya kami  menginap di Tanjung Tuan Beach Resort if bercuti ke PD. Di sebabkan cuti sekolah dan lambat booking kami memilih Ancasa. Sampai di PD, adik AB yang bongsu join sekali percutian keluarga ini pada hal keluarga mertuanya tinggal di Port Dickson.  Bila lagi katanya..kita nak holiday dengan adik beradik serta mak abah. Inilah masanya. If bercuti ke PD mesti ada kolam dan laut. Penat kita mandi kolam kita beralih ke laut pula.. Hilang stress bila dapat mandi air laut. Makan malam kami sekeluarga hanya di apartmen sahaja dan dihidangkan dengan steamboat, nasi dan barbeque ayam.  Memang menyeronokkan bila dapat berkumpul dan bersama-sama merancang percutian akan datang.. Ke mana ? InsyaAllah kita ke Langkawi pul

TIDUR DALAM BUSTEL

Tidur dalam bas? Percutian yang singkat ini, kami memilih Bustel  yang terletak di Klebang Melaka. Bas-bas yang lama telah di ubah suai menjadi sebuah hotel bajet. Pengalaman baru yang menyeronokkan bagi kami dan anak-anak. Setiap bas ada 2 bilik dan setiap bas ada katil queen size dan 2 katil single. Setiap bilik dilengkapi aircond, tv,tandas dan bilik air,almari pakaian,sejadah dan tuala. Setiap bas ada nama-nama sendiri mengikut zon di Melaka. Perkhidmatan Bustel ini di sediakan di Dataran 1 Malaysia Klebang Melaka berhadapan dengan pantai Klebang Melaka. Yang menariknya kaunter pertanyaan dan pendaftaran pun dalam bas. Oh ye..kalau nak menginap di sini di sarankan call dulu untuk booking kerana menurut petugas bustel, selalunya bustel penuh bila tiba musim sekolah. Disebabkan kami menginap semasa cuti sekolah kadar penginapan yang dikenakan RM130.00. Kalau di lihat dari luar , alahai betul ke ni nak tidur dalam bas..Tapi bila tengok je dalam bas..Perghh

BERCUTI DI MELAKA 2015

Alhamdulillah, Allah izinkan kami membawa anak-anak, mak abah dan adik beradik yang lain bercuti ke Melaka dan Port Dickson kali ini.  Percutian keluarga yang singkat selama 3 Hari 2 Malam pada 10 hingga 12 Disember 2015 yang lalu.  Bukan senang nak kumpulkan adik beradik lain untuk ikut serta percutian ini. Masing-masing dah pun berkeluarga dan ada komitmen lain.  Bercuti di Melaka, tak sah kalau kita tak melawat bandar Hilir Melaka. Kali ini kami ambil keputusan mengelilingi dengan menaiki beca. Seronoknya anis dan aina dapat pengalaman naik beca. Harga pun berpatutan dan tak mahal. Bila mereka berdua dah bersekolah, barulah rasa keseronokannya, pada hal sebelum ini mereka berdua dah pun melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah di Melaka. Bila diterangkan..Ye ke Mama kakak dah datang sini. Dah..kakak kecil lagi.. Penatlah abang beca mengayuh basikal membawa kami..Hahaha..Dari satu tempat ke tempat lain. 8 tempat menarik mereka bawa.Apa lagi bergambar sakan lah

BUNGA RAYA PINK

Melihat sahaja kelopak bunga raya berkembang mekar di halaman sendiri memberikan satu ketenangan dan terapi minda. Inilah first time AB dan suami menanam sendiri bunga raya pink.  Menunggu selama satu bulan batang bunga raya ini berakar dan dipindahkan ke pasu.Usaha yang sangat berbaloi. Selepas ini nak tanam bunga raya warna lain pula.

PERSIAPAN ANAK KE SEKOLAH 2016

Alhamdulillah..selesai segala persiapan barang keperluan sekolah untuk Aina dan Anis. Lega rasanya. Pakaian sekolah,beg, kasut sekolah,stokin dan buku latihan sekolah pagi pun sudah di beli. Kecuali yuran dan buku latihan sekolah petang sahaja belum lagi dibayar dan beli. Tunggu hari Ahad ini, pembayaran yuran dan buku latihan perlu dilakukan di sekolah petang. Awal bulan Disember, AB dah pun shopping beli barang keperluan mereka. Semangat sungguh.Fuhh.. Memang tak suka sangat shopping last minute dan tak suka bersesak nak pilih pakaian.  Nanti tak ada size lah, dah kena cari tempat lain. Better prepare awal-awal. Seronok sangat masa membeli baju budak berdua ni,  jurujual layan kita je.Hahaha.. Next year, Aina akan naik darjah 3 dan Anis pula darjah 1. Cepat betul masa berlalu..Eehhh..dah sekolah Anis ye.  Rasa seronok melihat telatah mereka berdua mengemas buku latihan dan menyiapkan barang keperluan yang lain. Aina dengan bangganya menunjukkan botol air minion.A

CAMPING YEAA..

Inilah aktiviti kami hujung minggu lepas..Kita berkhemah !!! Dalam rumah je. Tak dapat berkhemah di luar kawasan rumah, porch kereta pun jadilah.. Emmm.. bawa sekali bantal, selimut,buku dan segala barang mainan yang ada.. Bila jenguk dah tidur mereka berdua..Aina dan Anis memang dah pesan kalau diorang tertidur kejutkan mereka. Kata nak tidur dalam khemah..rupanya tak... Tidur atas tilam empuk lagi syok kan. Cara bermain dulu dan sekarang amat berbeza. Sementara mereka nak membesar,biarlah mereka berdua bermain di depan mata kita.  Janji selamat.