Posts

Showing posts from September 24, 2014

Daun bawang hidroponik sentuhan Anis

Image
Inilah daun bawang hidroponik hasil sentuhan jari jemari anis..

Sampai di rumah, anis dengan bangganya menunjukkan daun bawangnya..
Mama, daun bawang anis..Cikgu Ana kata boleh campur dengan cekodok tepung..
Aku pula, rajin pula cikgu anis menanam ye..
Ni..anis yang tanam lah..kawan-kawan semua ada daun bawang..
Patutlah anis ada minta botol kosong hari tu..Ingatnya nak buat deco-deco ke..rupanya nak buat bekas tanaman.