Assalamualaikun dan salam jumaat semua.. Rasanya uolls semua pasti tahu tentang Fruit Infused Water (FIW) . Fruit Infused Water adalah campuran air putih atau kosong, tanpa bahan perasa dengan buah-buahan, daun herba dan dibiarkan di dalam peti sejuk selama beberapa jam. FIW amat bagus untuk kesihatan kita sebabnya khasiat dari buah-buahan campuran ada dalam air tersebut. Badan kita memang memerlukan 2 liter air setiap hari. Daripada minum air bergula setiap hari, jom buat FIW. Ini dia My Fruit Infused Water . Campuran buah oren, strawberry dan pudina. Memang menyegarkan. Selalunya buat campuran oren dan lemon. Disebabkan lemon dah habis, dan ada lebihan strawberry, terhasillah seperti gambar di atas. Macam-macam resepi dan kombinasi campuran buah-buahan yang boleh kita buat. Kita juga boleh buat daripada buah-buahan lain seperti nenas,timun,tembikai susu,halia, serai,kulit kayu manis dan buah yang uolls suka. Bila nak minum ? Boleh minum sepan...