Atas desakan kawan-kawan, hari sabtu yang lepas selepas maghrib, Azlea dan keluarga menjemput kawan-kawan datang ke rumah untuk jamuan makan-makan. Jamuan makan ini memang tak dirancang dan buat semuanya buat last minute(jam 4.30 p.m baru nak rancang). Dalam kepala memang buat ala kadar je. Sempat pergi kedai beli bahan basah nak masak mee goreng dan goreng nugget sahaja.Itu je yang sempat..Suprise beli kek di Secret Recipe. Dah sampai rumah baru teringat tak beli pinggan kertas dan cawan kertas. Macam mana ni? Kebetulan pula air memang tiada pada hari itu. Hari ahad baru ada air. Guna je pinggan yang ada, kata En. Abang..Jadi, keluarlah semua pinggan dan gelas yang ada. Alhamdulillah menu mee goreng (6 peket mee) siap dimasak dan nugget goreng.Menu air pula, air sunquick dibancuh oleh en.abang..memang sedap. Aina dan anis tukang sibuk..tanya itu..inilah..tak puas hati sebab kenapa masak mee banyak sangat? Tiramisu kek Ni je mee yang tinggal Kawan-k...