Posts

Showing posts from October 31, 2014

Majlis Pertunangan adik

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Aku dah mula hilang mood berblog. Nak online pun malas.Ini boleh dikatakan kemalasan tahap (gaban). Mungkin disebabkan banyak sangat peristiwa yang menimpa keluarga ku di bulan oktober ini dan kekangan masa dan kerja yang banyak akhir-akhir ini. 
Kira tragedi oktober lah ni (ada ke patut).Mak sakit sebelum hari raya Aidil Adha kemudian masuk wad seminggu sebelum majlis pertunangan adik bongsu ku pada 1 Muharam 1436H. Alhamdulillah majlis pertunanganya berjalan seperti yang dirancang. 
Majlis pertunangan adik pun kami adik beradik yang siapkan.Tiada catering, semuanya buat sendiri. Sampaikan mak hiba melihat kami adik beradik memasak hidangan untuk tetamu yang akan datang. 
Aku belanja uolls gambar sekitar majlis pertunangan:-

Ini saja gambar yang dapat aku kongsikan di sini. Moga selepas ini aku dapat berblog seperti biasa dan penyakit kemalasan ini hilang. Dalam malas-malas pun sempat juga aku berblogwalking mengunjungi kawan-kawan semua.Itu pun mana y…