Skip to main content

Posts

Showing posts from March 3, 2015

Bila Televisyen Tiada Di Rumah..Apa Nak Buat?

Assalamualaikum pembaca semua.. Hampir 2 bulan juga televisyen di rumah AB rosak dan masih belum dibaiki lagi. Bila ditanya di kedai baiki elektrik kos yang dikenakan cecah RM700.00.Itu baru tanya sahaja. Berbaloikah? Lebih baik beli Televisyen baru. Aktiviti Riadah Sejak Televisyen rosak, banyak aktiviti riadah kami lakukan bersama. Tiada lagi rungutan daripada aina dan anis di hujung minggu "Bosanlah tiada TV, tak dapatlah tengok rancangan kartun hari ini". Oleh itu setiap petang di hujung minggu kami akan bermain badminton ataupun pergi ke taman permainan untuk beriadah. Kalau tidak, hujung minggu banyak dihabiskan menonton TV terutama rancangan kartun. Tidur lagi awal Sebelum ini AB akan pastikan mereka berdua masuk tidur sebelum jam 10.00 mlm. Sekarang mereka berdua akan masuk tidur lebih awal, paling awal 9.00 mlm selepas menyiapkan semua kerja-kerja sekolah dan mengemas buku. Bila keadaan ini berlaku, AB dapati aina dan anis lebih mudah bangun dan ceria