Posts

Showing posts from January 14, 2014

~Bila dapat mandi kolam~

Image
Seronoknya aina dan anis dapat mandi kolam hari ni. Papa dan mama cuti.Selalunya papa aina dan anis kerja, tapi hari ni cuti..yeaaa seronoknya.Kalau tak mama je yang ada di rumah kalau time cuti.Ye tak...Kolam tu dah bocor sebenarnya, jadi hari ni cuaca elok sangat, papa aina tampal, elok pulak tu..apa lagi bersoraklah diorang..horay, horay, kita dapat mandi kolam.


Sambil tu bolehlah tolong basuh kereta ya..rajinnya anis ni..Malam ni tidur awal lah aina dan anis penat mandi.lagipun esok sekolah..
~Azlea~

Salam Maulidur Rasul 2014

Image
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1435 H.
Perbanyakkanlah berselawat ke atas Nabi junjungan kita,Nabi Muhammad SAW.
Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah.

Hadis dan falsafah

Image
Hidup adalah satu Perjuangan Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW,baginda bersabda: Allah berfirman:"Aku telah menyediakan untuk hambaku yang soleh,apa yang belum pernah mata melihat,belum pernah telinga mendengar dan belum pernah teringat(terlintas) dalam hati manusia."
Belanja Wang sebaik-baiknya Daripada Abu Hurairah RA katanya,sabda Rasulullah SAW,"Antara wang yang engkau belanjakan untuk hamba sahaya,wang yang engkau sedekahkan kepada orang miskin dan wang yang engkau belanjakan untuk kaum keluargamu,maka pahala yang paling besar ialah wang yang dibelanjakan untuk menyara kaum keluargamu."
Selawat Rasulullah SAW bersabda:"Sesiapa yang bersalawat kepadaku dengan sesuatu selawat, sentialah Malaikat berdoa untuknya selama ia berselawat kepadaku; oleh itu terpulanglah kepada seseorang sama ada ia hendak bersalawat sedikit atau banyak."
~Azlea~