AB suka masak menu yang ringkas,senang dan mudah dimasak . Menjimatkan masa AB di dapur dan masak dengan kadar segera. Selalunya AB habiskan bahan mentah yang ada di dalam peti sejuk. Tak suka top-up banyak bahan mentah ataupun beli untuk seminggu. 2 hari yang lepas AB ada membeli ikan siakap..So hari ini menu sambal ikan siakap dan kailan goreng sos tiram . Pergghh..memang sedap walaupun ikan siakap ini bukan dimasak 3 rasa atau masak stim. Disebabkan bahan tak cukup..kita buat sambal jelah. Mudah sahaja, goreng ikan siakap. Ketepikan. Then masak cili sesedap rasa.Ikut suka lah nak banyak atau sikit, masukkan bawang merah yang telah dipotong.Tambah gula dan garam. Cili dah masak tuangkan keatas ikan.Hias dengan cili hijau jika suka. Hidangkan. Sambal ikan siakap Menu ke 2, kailan goreng. Panaskan minyak. Goreng bawang merah, kemudian masukkan bawang putih. Naik bau, masukkan batang kailan dulu, tambah sos tiram,gula dan garam. Kemudian masukkan daun k...