Skip to main content

Posts

Showing posts from March 24, 2017

AKTIVITI FLYING FOX DAN MEMANAH

Assalamualaikum bertemu lagi kita.. Selain dari Water Park dan Safari Park, BGRC juga menyediakan aktiviti rekreasi di Active Academy yang terletak berhadapan dengan penginapan. Oleh itu bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak seperti Flying Fox, Memanah,Paintball Target Shooting, ATV Ride dan pelbagai lagi aktiviti lasak bolehlah ke sana. Bayaran pun sangat berpatutan. Kami telah memilih aktiviti seperti Flying Fox dan Memanah (Archery) .Tak sangka pula Aina Dan Anis berani melakukan aktiviti Fying Fox. Wah hebatlah Aina dan Anis. Tak takut langsung dengan ketinggian. Mengikut penerangan pekerja di Active Academy ketinggian adalah 25 kaki dan sepanjang 163 meter. Tinggi tu. Siapa yang gayat tak perlulah melakukan aktiviti Flying Fox ni.  Aina memang berani. Dia yang mendahului mama dan papa melakukan aktiviti flying fox diikuti Kak AB, Anis dan Papa Chenanis. Sebelum itu rasa tak yakin dengan Anis kerana Anis seorang yang penakut. Tapi Papa Chenachenis dapat menyakinkan