AKTIVITI FLYING FOX DAN MEMANAH

Assalamualaikum bertemu lagi kita.. Selain dari Water Park dan Safari Park, BGRC juga menyediakan aktiviti rekreasi di Active Academy yang terletak berhadapan dengan penginapan. Oleh itu bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak seperti Flying Fox, Memanah,Paintball Target Shooting, ATV Ride dan pelbagai lagi aktiviti lasak bolehlah ke sana. Bayaran pun sangat berpatutan.

Kami telah memilih aktiviti seperti Flying Fox dan Memanah (Archery).Tak sangka pula Aina Dan Anis berani melakukan aktiviti Fying Fox. Wah hebatlah Aina dan Anis. Tak takut langsung dengan ketinggian.

Mengikut penerangan pekerja di Active Academy ketinggian adalah 25 kaki dan sepanjang 163 meter. Tinggi tu. Siapa yang gayat tak perlulah melakukan aktiviti Flying Fox ni. 

Aina memang berani. Dia yang mendahului mama dan papa melakukan aktiviti flying fox diikuti Kak AB, Anis dan Papa Chenanis. Sebelum itu rasa tak yakin dengan Anis kerana Anis seorang yang penakut. Tapi Papa Chenachenis dapat menyakinkan Anis yang Anis boleh melakukannya. Tahniah anak-anak mama.Anak-anak mama memang hebat!! 

Seperti biasa dah namanya aktiviti lasak, mesti pakai Safety Belt dan topi khas ye.Cara nak pakai dibantu oleh adik-adik Active Academy. Kemudian barulah kita masuk ke dalam hutan. Panjat pokok menggunakan tangga yang telah disediakan. Panjat tangga pun disediakan tali dan cara memanjat pun diterangkan oleh adik-adik Active Academy. kemudian barulah kita Flying...Wiiiii.....

Aktiviti Flying Fox

Fying Fox dan Memanah

Flying Fox dan Memanah

Flying Fox dan Memanah
Aina

Flying Fox dan memanah
Anis

Aktiviti Memanah (Archery)

Selesai Flying Fox kami ke aktiviti memanah. Alhamdulillah dapat juga anak berdua melakukan aktiviti ini. Memang dah lama sangat nak melakukan aktiviti ini. Jauh betul sampai ke Gambang ye kakak, adik kita memanah. Sedih lah tak ada Busur (Bow) untuk kanak-kanak. Tapi lepas geram bolehlah.Si kakak, terlampau yakin. Nak juga mencuba memanah. Bahagian Papa Chenachenis bagi je untuk mereka berdua. Dapatlah memanah banyak.

Terima kasih adik-adik Active Academy ajar cara memanah dan memegang Busur (Bow) dengan betul. Memanah pun ada skill tau. Kalau tiada skill, Arrow (Anak Panah) tersasar dari Target. Aina memang hebat dapatlah markah tinggi berbanding mama dan adiknya.


Flying Fox dan memanah

Flying Fox dan memanah

Flying Fox dan memanah


Kebaikan olahraga memanah ianya dapat melatih emosi,fizikal dan fokus pada sasaran selain mementingkan kesimbangan badan. Rasullullah SAW amat menganjurkan umatnya melakukan aktiviti olahraga seperti berenang,memanah dan berkuda. Ini kerana aktiviti ini dapat melahirkan umat yang cerdas pemikiran,kuat fizikal,emosi dan mental.

Alhamdulillah selesailah percutian kami 4 beranak. Suatu pengalaman yang indah kerana kami dapat melakukan banyak aktiviti. Memang seronok. Oleh itu bagi family yang ingin bercuti di sini rancanglah percutian anda sebaiknya.

Sekian.. Kita bertemu di Cameron Highland pula..


Comments

Popular posts from this blog

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bila Hati Tersentap !!!

DIY BOTOL PLASTIK