Skip to main content

Posts

Showing posts from March 6, 2014

Nasi Lemak Nescafe O

Alhamdulillah syukur, ada hamba Allah yang baik hati belanja kami berdua sarapan pagi hari ini. Pakcik ni beria-ia sangat nak belanja kami pagi tadi sebelum bertolak ke tempat kerja. Alasannya dia dah berniat nak belanja kami. Jadi tak boleh tolak pelawaannya.  Mak dan abah selalu pesan pada azlea dan suami, kalau jumpa orang yang kita kenal di kedai makan, belanjalah orang tersebut walaupun segelas air, bertegur sapalah. InsyaAllah hati kita akan tenang dan semoga Allah murahkan rezeki kita. Yakinlah rezeki Allah itu dalam pelbagai bentuk. Tidak semestinya dalam bentuk harta dan wang ringgit. Kita akan dikurniakan hati yang tenang, kesihatan yang baik, anak yang pandai dan mendengar kata dan macam-macam lagi.  Terima kasih pakcik..belanja kami  dua pinggan nasi lemak yang sedap, telur mata dan nescafe O. Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki pakcik sekeluarga dan dikurniakan kesihatan yang baik. *tak sempat ambil gambar nasi lemak Nek Tam tadi..